Monday, 21 August 2017

Cuti-Cuti Temerloh: Bandar Ikan Patin Titik Tengah Semenanjung

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Baru.... ☺💘


Memandangkan hujung minggu baru ni, ikut MrTunang balik kampung maka nya dah alang alang tu berjalan la sama (ini namanya sambil menyelam minum air, HEHE). balik kampung mana tu? balik kampung Temerloh ye 👋👋👋.. 

ok, utk permulaan. kita bg intro pasal Temerloh dulu. Temerloh nie adalah sebuah bandar yang terletak tengah- tengah negeri Pahang dan di tengah Semenanjung Malaysia. Ia juga terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. yang lagi menarik nya, Temerloh telah di iktiraf sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung oleh Kerajaan Negeri Pahang. Secara tepat nya Titik Tengah Semenanjung terletak di Batu 11 Kg Paya Siput, Lanchang, Temerloh. *selit pengetahuan am sikit 😹

Mercu tanda Temerloh.

Mercu tanda, signboard TEMERLOH nie punya la senang nak cari tau .. nah, boleh klik Taman Esplanade. ada boat jugak utk kita pegi seberang tu tambang dlm RM3/RM4 shj. kalau rasa nak amik mood seberang sungai tu boleh la cuba ye. dan kat kawasan tu jugak ada Jambatan Gantung Kuala Semantan. kalau rasa gerun ke gayat ke, xpe la xpayah nak seberang (tapi rugi r kalau dh smpai xlalu atas tu..pengalaman tu..HEHE 😂😂 ). 

Nak ke Taman Esplanade nie tiada entrance fee ke hape pun ye. tempat public, xde masalah nak keluar masuk ke lalu lalang. kalau pergi masa weekend, singgah Pekan Sehari Temerloh beli makan minum pastu boleh melepak kat kawasan nie. 

nanti yana citer pasal pekan sari plak ye........ *cuci mata tgk gambar dulu 😉😉😉



nie pandangan dari Jambatan Gantung..
ini pulak pandangan dari jetty kat tepi sungai..


nie plak himpunan gambar kat Jambatan Gantung Kuala Semantan ⤵↴


yg kat belakang yana tu penghujung,
boleh duduk situ amik gambar xpun benti minum pn boleh.. 

sape yang rasa nak buat pre wedding ke, photoshoot wedding pun boleh..
*mrTunang dah bg hint nak photoshoot outdoor kat sini masa majlis belah dia 

dia orang Temerloh tau, tp nie baru ada gambar kat sini..
aduh, ahmad syazwan ahmad syazwan.. HAHAHA 😂😂😂😂✌❤

nak kata pendek tu xla pendek sgt, boleh tahan jugak la panjang jambatan gantung tu.
mana tak nya, seberang sungai pahang kot.. selagi xcuba nak merobohkan jambatan, xbahaya..
jangan risau ✌✌✌✌✌

yg belah yana mengadap tu, kat bawah tu la jetty nya..
boleh tunggu bawah tu kalau nak naik bot yg yana cakapkan awal td.
seterusnya, tadi kata nak citer pasal Pekan Sehari Temerloh kan. ha, Pekan Sehari Temerloh serius panjang gler ye. mcm pasar tani tp mmg versi yg wow, sebut nak pe..semua boleh dapat.. (jgn cari jodoh pulak kat situ, xjanji boleh jumpa). yg mana rasa mcm melancong tu, pakai la selesa.. xjenuh la haih kalau pkai mekap tebal 4inci, heels baju leret2 bagai..pe yg ada? antaranya ada coconut shake, tako, apam, lauk2, talapia 2ekor RM10, jagung manis 1 longgok RM10.. macam2 la lagi.. syiokkkkkk.... *xde gambar plak utk Pekan Sehari nie, semangat sgt tgk ikan patin ,talapia, keli dijual hidup2, makan lg minum lg.. hehehehehe

ok ok ..dah pasal tu.. sekian pasal Taman Esplanade dgn Pasar Sehari Temerloh, next pasal makan la pulak.. HEHEHEHEHEHE..

Temerloh nie bukan setakat titik tengah semenanjung tapi jugak sgt la famous dgn dia punya Tempoyak Ikan Patin ye.. Bandar Ikan Patin tu Temerloh la tu, jgn duk cari bandar lain plak. Kat Temerloh ni ada banyak kedai yg boleh nak makan tempoyak ikan patin, yg beza nya cuma sedap gler, sedap dan ok2 (nanti hakak bg cadangan yg hakak tau ye 😎😎😎). 



tadaaaa... Ikan Patin Tempoyak

berdasarkan gambar, menyelerakan bukan? haha.. ye tepat sekali.. serius, sedap sengotti.. bg yg xfavourite sgt tempoyak nie, ble makan yg nie..fuh, xkuat sgt ..just nice bak kata omputih.. nie ikan patin kat Selera Patin Bangau (klik je utk location).. yg mana xsuka ikan patin tempoyak, sini masih ada lauk yg lain2. boleh tgk fb Selera Patin Bangau Temerloh. Dari segi harga 1 nasi putih + 1 Ikan Patin Tempoyak bahagian badan + 2 gelas teh o ais = RM10.50.. puas hati oo.. selain tu boleh jugak try Restoran Claypot PATIN Tempoyak dan Kancil Raja Patin.. ada je byk lagi, boleh je nak cuba.. semua sedap je cuma beza selera dgn tekak masing2 ⌣


nie memang hantu Ikan Patin Tempoyak,
xsah la kalau balik kampung xpergi makan.
*dia nie masak lauk yg berasaskan ikan patin mmg sedap oooooo

sekian lunch kitorang utk ahad tu. tapi serius cuaca mmg panas ye, kebetulan plak xhujan jadinya mmg syok la kalau pegi makan abc (mmg dh lama ckap kat mrTunang teringin makan abc) .. nak dijadikan cerita, mmg rezeki sbb kebetulan kedai favourite mrTunang tu bukak, dan masa sampai, org pun xramai sgt (sbb lepas dlm 10minit duduk, kedai penuh). Cendol @ Rojak Abdul (boleh klik utk location) atau Rojak Abdul Pokok Besorr, kitorg makan abc dan abj dkat sini kos RM5 ye. ada lg mee goreng mamak , cendol, rojak pastu ada la lg makanan yg ringan2. kitorg xmakan sbb baru lepas lunch sebelum tu...


portion xsikit sangat, xbanyak sangat. sedang2 je..

nak dapat abc dgn abj Popeye Junction Enterprise nak kena balik kelantan dulu,
nie dah dapat yg nie pun cukup mengubati teringin. HEHE
fuh, cair lg tengok dia pada tengok ABC & ABJ tu ❤
tu je la yg sempat nak pegi merasa, pastu lepas pekena tu dh balik siap2 nak gerak pulak ke kL sbb esok nya dah keje.aduhai..otw tu, singgah dinner makan sup belut.. kedai tu seberang jalan menghala ke highway dh (nanti nak cek balik nama kedai, pastu yana update). fuh, last makan sup belut kat kedai nie masa 1st datang Temerloh dulu (maknanya masa 1st time jumpa bakal mertua la, HAHA).. lama betul la tu kiranya. 


jap, sape yg excited dapat makan sup belut sebenarnya nie?
*padahal dia setiap kali balik kampung boleh je singgah makan sini..

tada.... nasi putih dia xsikit sgt, cukup la utk perut yg mmg makan nasi nie..
kalau xcukup pn boleh je mintak nasi tambah.. hehe

ye ye, hakak tau hakak excited tp dalam masa yg sama cepat la cepat la makan.. HAHA

utk makan kat sini, 2 nasi putih + 1 sup belut + 1 kailan ikan masin + 1 limau ais + 1 teh o ais xsampai RM20 (xsure sbb si ahmad syazwan yg bayar, yg nampak org kedai bg baki balik lepas bg duit RM20, Hahahaha). 

banyak je lagi taman kat temerloh nie, tapi sbb kitorg ada kekangan masa maka xsempat la nak berjalan habis.. sabtu gerak balik Temerloh, ahad dah ke kL mmg xsmpat la jawabnya.. makan2 kedai waktu malam pn xmnyempat.. oh dan utk line handphone, yana guna UMobile, kejap ok kejap xok.. (yg xok tu sebenarnya dia nak suruh yana kurang ngadap handphone..HAHA)

oh dan 1 lagi, utk kos ke Temerloh nie yana xboleh nak cakap sgt sbbbbb...kitorg mmg budgeted pnya cuti2..mrTunang menginap rumah family dia, yana menginap kat rumah kawan (sebab ala2 macam reunion la) hehe.. jd dah memang jimat kat kos penginapan. personally bg yana, Temerloh belah bakal mertua nie mmg sgt sesuai utk yg nak suasana tenang dan santai ( utk yana mmg yana xsuka serabut, senang nak makan makan). 

untuk budget cuti2 nie, mcm seronok je utk repeat lg.. maka nya mungkin nanti akan pegi lagi tapi ke destinasi yg lain pulak la ye... PD pn ok kan? *bukan hint.. HAHAHA.. 


ok sekian...... nah gambar last ..*bg can la... hehe ✌❤❤❤✌

muka bahagia kami sebelum nampak bayangan esok kerja 😘😘😘😘

sehingga ke yang seterusnya.. ada 1 mutiara kata yg sampai sekarang terngiang ' Jodoh itu misteri, kalau dah tertulis jodoh, tetap jodoh'.. inshaAllah semoga semua urusan kita dipermudah kan..AMIN


Terima Kasih... *sambil mood nak cuti-cuti lagi.. ❤👍👍👋👏


Monday, 14 August 2017

Jenis Perfume atau Minyak Wangi (EDP, EDT, EDC & EF).

Assalamualaikum wbt dan Selamat Membaca .... 👋

Pagi td macam biasa la, lepas bersiap dah terang-terang akan spray perfume sebelum keluar bilik. Nak dijadikan cerita xjumpa la pulak perfume yang biasa pakai pegi keje ( sebab perfume pakai pegi keje yg tahan lama pnya bau). Dah sebab tu, pakat spray je yang mana capai. *memang ketara nau la ha MONDAY BLUES is so bluessss 😑😪😪😪

hal yang demikian, rasa macam hari ini nak share pasal jenis jenis perfume. Ye, tau semua sama je minyak wangi. Tapi perfume nie ada beza dari segi ingredients, tempoh tahan lama dan ada la lagi yg lain2. 

Feel free utk baca ye 💖💖💖


EDP atau Eau De Parfum
  • Ketumpatan pati 8%-16% (pati yang kurang pekat daripada Parfum)
  • Tahan 3-5 jam.
  • kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. 
  • sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Luck La Vie (For Her) 

Little Gold Dress
Little Black Dress
*boleh je FOR HER atau FOR HIM



EDT atau Eau De Toilette
  • Ketumpatan  pati 5%-8%.
  • Tahan 2-4 jam.
  • Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. 
  • aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk macam- macam acara termasuk lah beriadah ke bersantai ye...






untuk yang ESSENSE nie ada 8pilihan scent ye


EDC atau Eau De Cologne
  • Ketumpatan pati 3%-5%.  
  • jenis minyak wangi yang paling halus ( xkuat) dan kebiasaannya fokus kepada lelaki. 
  • Tahan sehingga 2 jam. 
  • Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi (beraroma menyegarkan). 
Musk Marine (FOR HIM)

Butterfly ( FOR HIM dan FOR HER) 

Wild Country (FOR HIM)


Eau Fraiche / Body Splash / BodyMist
  • Ketumpatan pati kurang dari 3%. (kadar pati terendah di antara semua jenis parfum)
  • bertahan hanya sekitar 1 jam saja (Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap sebab kadar alkoholnya yang tinggi) 
  • Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.

ok, dah disertakan penjelasan beserta gambar jadi dah xconfuse la ye.. untuk yg yana share kat atas tu contoh perfume untuk yg jenama Avon ye.. lain2 jenama lain plak la tau ( masih bergantung kepada jenis edt, edc dan seangkatan nya).

untuk semua gambar perfume tu kalau berminat nak tau ke, nak mencuba ke atau nak membeli ke..kita ada jugak pembelian melalui pos dan jugak COD (bergantung kpd kawasan). utk postage boleh seluruh Malaysia ye, dan ada la cas bermula tambahan +RM8sm & +RM11ss.
    The Crush Coated pn selain dealer Avon, ada jugak benda2 lain. boleh la nak riki riki dekat : 
    1. Facebook page: The Crush Coated
    2. Instagram : thecrushcoated
    ok, sekian .. sehingga ke perkongsian yang seterusnya ... selamat membaca dan mengenali jenis jenis perfume anda ye........ 😘