Showing posts with label lecturer. Show all posts
Showing posts with label lecturer. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Cuti-Cuti Temerloh: Bandar Ikan Patin Titik Tengah Semenanjung

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Baru.... ☺πŸ’˜


Memandangkan hujung minggu baru ni, ikut MrTunang balik kampung maka nya dah alang alang tu berjalan la sama (ini namanya sambil menyelam minum air, HEHE). balik kampung mana tu? balik kampung Temerloh ye πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹.. 

ok, utk permulaan. kita bg intro pasal Temerloh dulu. Temerloh nie adalah sebuah bandar yang terletak tengah- tengah negeri Pahang dan di tengah Semenanjung Malaysia. Ia juga terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. yang lagi menarik nya, Temerloh telah di iktiraf sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung oleh Kerajaan Negeri Pahang. Secara tepat nya Titik Tengah Semenanjung terletak di Batu 11 Kg Paya Siput, Lanchang, Temerloh. *selit pengetahuan am sikit 😹

Mercu tanda Temerloh.

Mercu tanda, signboard TEMERLOH nie punya la senang nak cari tau .. nah, boleh klik Taman Esplanade. ada boat jugak utk kita pegi seberang tu tambang dlm RM3/RM4 shj. kalau rasa nak amik mood seberang sungai tu boleh la cuba ye. dan kat kawasan tu jugak ada Jambatan Gantung Kuala Semantan. kalau rasa gerun ke gayat ke, xpe la xpayah nak seberang (tapi rugi r kalau dh smpai xlalu atas tu..pengalaman tu..HEHE πŸ˜‚πŸ˜‚ ). 

Nak ke Taman Esplanade nie tiada entrance fee ke hape pun ye. tempat public, xde masalah nak keluar masuk ke lalu lalang. kalau pergi masa weekend, singgah Pekan Sehari Temerloh beli makan minum pastu boleh melepak kat kawasan nie. 

nanti yana citer pasal pekan sari plak ye........ *cuci mata tgk gambar dulu πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰



nie pandangan dari Jambatan Gantung..
ini pulak pandangan dari jetty kat tepi sungai..


nie plak himpunan gambar kat Jambatan Gantung Kuala Semantan ⤵↴


yg kat belakang yana tu penghujung,
boleh duduk situ amik gambar xpun benti minum pn boleh.. 

sape yang rasa nak buat pre wedding ke, photoshoot wedding pun boleh..
*mrTunang dah bg hint nak photoshoot outdoor kat sini masa majlis belah dia 

dia orang Temerloh tau, tp nie baru ada gambar kat sini..
aduh, ahmad syazwan ahmad syazwan.. HAHAHA πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚✌❤

nak kata pendek tu xla pendek sgt, boleh tahan jugak la panjang jambatan gantung tu.
mana tak nya, seberang sungai pahang kot.. selagi xcuba nak merobohkan jambatan, xbahaya..
jangan risau ✌✌✌✌✌

yg belah yana mengadap tu, kat bawah tu la jetty nya..
boleh tunggu bawah tu kalau nak naik bot yg yana cakapkan awal td.
seterusnya, tadi kata nak citer pasal Pekan Sehari Temerloh kan. ha, Pekan Sehari Temerloh serius panjang gler ye. mcm pasar tani tp mmg versi yg wow, sebut nak pe..semua boleh dapat.. (jgn cari jodoh pulak kat situ, xjanji boleh jumpa). yg mana rasa mcm melancong tu, pakai la selesa.. xjenuh la haih kalau pkai mekap tebal 4inci, heels baju leret2 bagai..pe yg ada? antaranya ada coconut shake, tako, apam, lauk2, talapia 2ekor RM10, jagung manis 1 longgok RM10.. macam2 la lagi.. syiokkkkkk.... *xde gambar plak utk Pekan Sehari nie, semangat sgt tgk ikan patin ,talapia, keli dijual hidup2, makan lg minum lg.. hehehehehe

ok ok ..dah pasal tu.. sekian pasal Taman Esplanade dgn Pasar Sehari Temerloh, next pasal makan la pulak.. HEHEHEHEHEHE..

Temerloh nie bukan setakat titik tengah semenanjung tapi jugak sgt la famous dgn dia punya Tempoyak Ikan Patin ye.. Bandar Ikan Patin tu Temerloh la tu, jgn duk cari bandar lain plak. Kat Temerloh ni ada banyak kedai yg boleh nak makan tempoyak ikan patin, yg beza nya cuma sedap gler, sedap dan ok2 (nanti hakak bg cadangan yg hakak tau ye 😎😎😎). 



tadaaaa... Ikan Patin Tempoyak

berdasarkan gambar, menyelerakan bukan? haha.. ye tepat sekali.. serius, sedap sengotti.. bg yg xfavourite sgt tempoyak nie, ble makan yg nie..fuh, xkuat sgt ..just nice bak kata omputih.. nie ikan patin kat Selera Patin Bangau (klik je utk location).. yg mana xsuka ikan patin tempoyak, sini masih ada lauk yg lain2. boleh tgk fb Selera Patin Bangau Temerloh. Dari segi harga 1 nasi putih + 1 Ikan Patin Tempoyak bahagian badan + 2 gelas teh o ais = RM10.50.. puas hati oo.. selain tu boleh jugak try Restoran Claypot PATIN Tempoyak dan Kancil Raja Patin.. ada je byk lagi, boleh je nak cuba.. semua sedap je cuma beza selera dgn tekak masing2 ⌣


nie memang hantu Ikan Patin Tempoyak,
xsah la kalau balik kampung xpergi makan.
*dia nie masak lauk yg berasaskan ikan patin mmg sedap oooooo

sekian lunch kitorang utk ahad tu. tapi serius cuaca mmg panas ye, kebetulan plak xhujan jadinya mmg syok la kalau pegi makan abc (mmg dh lama ckap kat mrTunang teringin makan abc) .. nak dijadikan cerita, mmg rezeki sbb kebetulan kedai favourite mrTunang tu bukak, dan masa sampai, org pun xramai sgt (sbb lepas dlm 10minit duduk, kedai penuh). Cendol @ Rojak Abdul (boleh klik utk location) atau Rojak Abdul Pokok Besorr, kitorg makan abc dan abj dkat sini kos RM5 ye. ada lg mee goreng mamak , cendol, rojak pastu ada la lg makanan yg ringan2. kitorg xmakan sbb baru lepas lunch sebelum tu...


portion xsikit sangat, xbanyak sangat. sedang2 je..

nak dapat abc dgn abj Popeye Junction Enterprise nak kena balik kelantan dulu,
nie dah dapat yg nie pun cukup mengubati teringin. HEHE
fuh, cair lg tengok dia pada tengok ABC & ABJ tu ❤
tu je la yg sempat nak pegi merasa, pastu lepas pekena tu dh balik siap2 nak gerak pulak ke kL sbb esok nya dah keje.aduhai..otw tu, singgah dinner makan sup belut.. kedai tu seberang jalan menghala ke highway dh (nanti nak cek balik nama kedai, pastu yana update). fuh, last makan sup belut kat kedai nie masa 1st datang Temerloh dulu (maknanya masa 1st time jumpa bakal mertua la, HAHA).. lama betul la tu kiranya. 


jap, sape yg excited dapat makan sup belut sebenarnya nie?
*padahal dia setiap kali balik kampung boleh je singgah makan sini..

tada.... nasi putih dia xsikit sgt, cukup la utk perut yg mmg makan nasi nie..
kalau xcukup pn boleh je mintak nasi tambah.. hehe

ye ye, hakak tau hakak excited tp dalam masa yg sama cepat la cepat la makan.. HAHA

utk makan kat sini, 2 nasi putih + 1 sup belut + 1 kailan ikan masin + 1 limau ais + 1 teh o ais xsampai RM20 (xsure sbb si ahmad syazwan yg bayar, yg nampak org kedai bg baki balik lepas bg duit RM20, Hahahaha). 

banyak je lagi taman kat temerloh nie, tapi sbb kitorg ada kekangan masa maka xsempat la nak berjalan habis.. sabtu gerak balik Temerloh, ahad dah ke kL mmg xsmpat la jawabnya.. makan2 kedai waktu malam pn xmnyempat.. oh dan utk line handphone, yana guna UMobile, kejap ok kejap xok.. (yg xok tu sebenarnya dia nak suruh yana kurang ngadap handphone..HAHA)

oh dan 1 lagi, utk kos ke Temerloh nie yana xboleh nak cakap sgt sbbbbb...kitorg mmg budgeted pnya cuti2..mrTunang menginap rumah family dia, yana menginap kat rumah kawan (sebab ala2 macam reunion la) hehe.. jd dah memang jimat kat kos penginapan. personally bg yana, Temerloh belah bakal mertua nie mmg sgt sesuai utk yg nak suasana tenang dan santai ( utk yana mmg yana xsuka serabut, senang nak makan makan). 

untuk budget cuti2 nie, mcm seronok je utk repeat lg.. maka nya mungkin nanti akan pegi lagi tapi ke destinasi yg lain pulak la ye... PD pn ok kan? *bukan hint.. HAHAHA.. 


ok sekian...... nah gambar last ..*bg can la... hehe ✌❤❤❤✌

muka bahagia kami sebelum nampak bayangan esok kerja 😘😘😘😘

sehingga ke yang seterusnya.. ada 1 mutiara kata yg sampai sekarang terngiang ' Jodoh itu misteri, kalau dah tertulis jodoh, tetap jodoh'.. inshaAllah semoga semua urusan kita dipermudah kan..AMIN


Terima Kasih... *sambil mood nak cuti-cuti lagi.. ❤πŸ‘πŸ‘πŸ‘‹πŸ‘


Saturday, 25 March 2017

Macam mana nak jadi Lecturer/Pensyarah dgn Degree

Assalamualaikum..... salam sejahtera....

ok.. mcm mana nak mula? 😏

mmg ada yg tanya mcm mana boleh jd lecturer.. ok, meh nak kongsikan.. ipta mungkin la x hire lecturer yg dgn degree (xsure),,tp ipts ,kolej pun ok je utk degree graduate nak mulakan kerjaya..

kalau tgk ada vacancy utk lecturer, boleh try je send application. pastikan resume yg kita send tu ok,jgn la plak send cam gitu je..nanti dia pn xnk pandang 😁..
mana nak tau ada vacancy? search je kat google; contoh : career in college in kuala lumpur/kota bharu/kuala terengganu and etc. dh keluar byk2 tu, pilih la mana nk.. buka webpage respective college lepastu cari bahagian career atau hr email address dorg. send la resume korang.✔✔ 

sekiranya dah dapat call ke atau email utk dtg interview, most of them mmg akan ada mock teaching. ilmu yg presentation masa zaman korang study tu boleh la guna pakai masa nie. part mock teaching nie sgt crucial sbb pihak interviewer akan tgk korg boleh mengajar ke x melalui sesi mock teaching nie.(be confident)πŸ‘πŸ‘Œ

ini contoh nya. sebab yana bidang Hotel and Tourism, jd ini la topik nya.
pilih 1 je, kalau semua nie jenuh la plak kan 😰




seterusnya, kalau dia pnya requirement,dia nak dan bgtau bawa sama teaching permit.. jgn risau, kalau xde lg teaching permit,bila dah dapat position lecturer tu, nanti kolej tu akan tlg submit application utk buat teaching permit.. ada la dokumen yg dia nak mcm kena pegi buat medical checkup, draft bank RM20 (ini boleh buat kat mana2 bank asalkan korang ada account kat bank tu) dan few more documents. kumpulkan semua dokumen yg dlm list nanti pihak hr kat kolej tu akan submit. 

dan lagi....

dari segi pendidikan pulak. pihak kolej akan ok kalau korang nak smbung belajar. macam tempat keje yana, diorg mmg ok kalau lecturer2 nak sambung belajar. sebab tu la ada yg tgh sambung master, sambung phd (kita yg degree nie rasa kecik je,mula la dan2 tu jugak nak smbg master..HEHE 😭)... dan ini advantage kat korang jugak. kenapa advantage? sbb ...... korang akan ada byk source yg boleh membantu masa korang tgh smbung belajar tu. 

nak buat full time ke part time ke yg nak utk sambung belajar tu,terpulang la.tgk jugak la kelas nak mengajar dan kelas korang nak belajar tu mcm mana. kalau HOD atau head of faculty korang ok dan memahami, nanti jadual tu pandai2 la korang countim bg balance 2,2.. jgn plak sibuk nak smbung belajar sampai kelas yg akan diajar tu ke laut dan begitu juga sebalik nya. susun jadual,masa dan kerja ada elok2 dan teliti. 

kalau korang degree, boleh ajar student certificate dan diploma. tp kalau ada master boleh ajar student degree dan begitu la seterusnya. gaji plak? utk permulaan lg2 yg fresh graduate atau 1st time mengajar,bg yana korang accept je la.. nnti bila dah lama sikit ada la increment, bila dah ada pengalaman pula, boleh try apply tempat lain dan masa tu letak la expected tinggi sikit. xrugi apapun buat macam tu πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜‚

jadi lecturer bukan setakat pakai cantik2, duduk office dgn aircond pastu mengajar je.. ada lg keje2 lain ye.. so be ready mentally and physically. bykkan bertanya pada yg senior dan sila buang sikap acah2 bagus, cerdik pandai,berlagak. xkemana tu semua ye anda2 sekalian..

ok SEKIANNNNN...... 

yana harap dgn coretan nie dapat la menjawab kemusykilan dan pertanyaan yg berlegar2 di sanubari tu. sape yg nak cuba jd lecturer amat dialu-alukan utk mencuba, setakat nie bg yana best (sbb kawan2 lecturer yg best sebenarnya..heheπŸ’’πŸ’ƒ)

utk yg nak cuba: GOODLUCK & ALL THE BEST 😊😊😊😊

Image may contain: one or more people and indoor


tq for spending time to read this little piece. 
to be continue.......
xoxo * a piece of #MsCrush in her life πŸ’žπŸ’ž