Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..😊
untuk hari nie yana nak share berkenaan dengan borang atau dokumen berkaitan dengan urusan perkahwinan. Yana dan bakal suami lain2 negeri yg mana bakal suami anak jati Pahang, Yana ic wilayah persekutuan kuala lumpur, beberapa tahun membesar di kL dan selebihnya membesar di Terengganu dan parents settle down di Kelantan so yana org mana nie? HEHE.. sebab raya kita balik kelantan so org kelantan la deh. 😂😂😂
utk perkahwinan Yana dan bakal suami, InShaaAllah akad nikah akan disempurnakan di Kelantan.
PIHAK LELAKI (PAHANG)
- utk belah pahang, kena pergi amik borang kat pejabat agama dulu. pengawai/petugas di pejabat agama tu akan brief apa yg kena buat, apa yg kena isi dan sebagainya.
- nie crucial, utk HIV Test korang kena bawak borang yg disediakan oleh pejabat agama Pahang, pegi test kat klinik kesihatan, akan dapat result terus pada hari yg sama dan utk result HIV tu pihak jabatan kesihatan akan letak dalam sampul siap seal (Jangan buka dan pastikan simpan elok2, sbb Test HIV hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 6 bulan).
- utk sijil pra perkahwinan , mana2 tempat pun boleh buat. soal sijil nie xde masalah.
- untuk semua dokumen, pastikan korang at least sertakan 2 salinan bg setiap 1 ye (lebih xpe)
- amik sign dan sebagainya macam yg diperlukan dan semasa submit ke pejabat agama, lampirkan semua dokumen original dan salinan yg dah disediakan awal2 tu.
- macam bakal suami Yana, utk mendapat kebenaran berkahwin dari pejabat agama sesudah submit borang tu mengambil masa dalam 3hari. submit hari selasa, hari jumaat dh boleh amik (ye tau, efficient gler dorang buat keje tp pastikan semua dokumen dan maklumat lengkap bg melancarkan lagi segala urusan ye).
- borang kebenaran berkahwin nie sah dalam jangka masa 90hari ye.
- bila dah lengkap tu, sila la serahkan segala dokumen tu pada pihak perempuan.
PIHAK PEREMPUAN ( KELANTAN)
- utk yg belah perempuan di kelantan, borang amik dengan tok imam (pergi masjid jumpa tok imam ye, kalau tau rumah tok imam boleh la pegi rumah tok imam jugak. xde masalah nak pegi amik sendiri atau wakil tolong amikkan). xperlu ke pejabat agama.
- utk sijil pra perkahwinan, mana2 pun boleh amik.
- utk HIV TEST, hanya boleh dilakukan di kelantan ye.. reminder: KLINIK KESIHATAN di KELANTAN SAHAJA. pegi je klinik, kat kaunter pendaftaran tu bgtau siap2 nak buat hiv test. nurse akan bg borang khas, isi siap2 lepastu bg balik kat nurse tu dan tggu la turn ye. urusan HIV nie sekejap je dan akan dpat keputusan terus. (kena tunggu turn je la mungkin akan lama sikit so pegi la awal2 pagi ye). utk keputusan HIV nie dia akan letak dalam sampul siap2. ini la yg pihak perempuan akan lampirkan sekali dgn borang kahwin tu.
- isi borang dan lampirkan dokumen yg diperlukan (termasuk borang kebenaran perkahwinan yg pihak lelaki dah selesaikan di negeri dia tu yg dia dah serah kat kita tu ha) dan pegi amik sign tok imam siap2.
- sesudah amik sign, pegi pejabat agama (macam yana, abah ke lundang), hantar semua borang/dokumen tu. tggu dlm 3hri kalau xsilap yana, nanti pegi amik borang kebenaran nikah kat pejabat agama tu balik.
- jangan lupa utk sertakan jugak 2keping gambar setiap sorg. Pastikan yg lelaki memakai songkok atau kopiah, manakala yg perempuan nya tutup aurat ye.
- dan utk dokumen yg kita lampirkan, sertakan yg ori dan yg salinan/photocopy. xnak pening, 1 sampul yg ori, 1 sampul yg photocopy. (boleh tgk checklist kat bawah utk dokumen yg perlu dilampirkan (lebih photocopy xpe).
- ha sini kena sabar byk ye, pegi jumpa balik tok imam utk bg kebenaran nikah tu, dan masa tu la bincang dgn dia masa mana nak nikah (lepas subuh, sebelum zohor, eh suka hatilah bila yg awak nak ye).
- dah selesai semua, maka seterusnya tunggu je la hari akad nikah. hehe 😊
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)
- Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
- Isi borang dengan lengkap.
- Lampirkan dokumen yang berkaitan
- Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN
- Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
- Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar/ Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
- Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
- Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
- Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
- Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
- Surat perakuan cerai
- Surat daftar kematian
- Sijil kursus pra perkahwinan
- Surat perakuan memeluk Islam
- Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
- Surat akuan Sumpah
- Surat kebenaran daripada imigresen
- Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempuan 16 tahun)
- Surat kebenaran berkahwin secara poligami
- Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
ini sahaja la setakat nie berkaitan dengan borang atau dokumen yg perlu diuruskan berkaitan untuk berkahwin atau urusan dokumentasi perkahwinan. macam Yana dan bakal suami, kami berdua bekerja di Kuala Lumpur, jadi nya balik kampung la utk selesaikan borang2 nie semua dan memang Abah dan Mama byk membantu dlm selesaikan borang nie (sebab kena cari tok imam masjid tu fuh, HEHE), hal yg demikian la kalau boleh settlekan semua sekali, lengkapkan borang selengkapnya, jd xperlu nak ulang alik atau stress lebih bkenaan borang dan segala macam berkaitan dokumentasi nie.
Nanti yana akan update entry nie dari semasa ke semasa. harap membantu serba sedikit bagi bride to be/ groom to be yg akan melangsungkan perkahwinan. semoga segala urusan kita dipermudahkan. 💍💎💡
terima kasih yana..sangat membantu:)
ReplyDeletesama-sama.. semoga semua dipermudahkan 😊
DeleteYana, nt bila dah pegi ambik kat balai islam tu, borang kebenaran berkahwin sahaja ke termasuk dokumen tu semua?😊
ReplyDeletesurat kebenaran sahaja.. yg dokumen semua pejabat agama pegang.. lepas amik surat kebenaran tu, bawak pegi jmpa tok imam utk confirm kan masa dan tarikh yg kita nak..
DeleteSalam kak yana. Nak tanya surat nikah ibu bapa perlu dikepilkan sekali ke ?
ReplyDeletewassalam.. surat nikah ibu bapa tidak perlu kepilkan amie.. anak sulung dan anak pertama dlm keluarga yg berkahwin, maka ye utk kepilkan..
DeleteSalam nak tanya,utk borang belah perempuan, memang kena minta borang dulu dekat imam di kelantan ye? Pihak lelaki, johor. Pihak perempuan, kelantan dan cadang nikah di kelantan.
ReplyDeleteTerima kasih 😊
ye, utk belah kelantan..borang ambil dari tok imam di masjid di mukim yg kita tinggal.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKena sertakan ic dan sijil kursus kahwin pasangan kita juga kan masa nak hantar borang kebenaran kahwin tu? Itu nak salinan atau kena ori? Macam saya lelaki nak minta kebenaran dari pejabat daerah pahang untuk kahwin di KL.
ReplyDeletesegala dokumen berkaitan urusan perkahwinan , perlu lampirkan salinan ic, copy dan ori sijil kawin..
DeleteSalam..nk tnya.. hiv test pihak lelaki tu bleh buat bpe bln sebelum ye sblm diserahkn kpd pihak perempuan.. trima ksih
ReplyDeletekeputusan hiv buat 3 bulan sebelum nak akad nikah. dan jgn hilangkan keputusan tu..sebab ujian hiv hanya boleh dijalankan dalam masa 3 bulan sekali shj.
Deletesalam..nk tanya juga kak, saya nikah 24 mac 2019, kalau sy buat test hiv 26 disember ni sempat tak agak2 lebih tempoh tak? huhu kekangan masa pula
ReplyDeletewassalam. ujian hiv hanya valid dan diterima dlm masa 3bulan shj. jd nya katakan kalau buat 26 disember 2018, keputusan hiv tu boleh diguna pakai sehingga 26 Mac. tp kalau buat awal2, jgn hilangkan keputusan tu.
DeleteSalam yana,nak tanya cket, sy org klntn,nk nikah ng org trggnu, mmg akn nikah kt klantan,,dh hntr dan dh dpt blik smua tuk hntr kt tok imam tmpt sy nikh nti,,,tp knp ye sy dpt borg kbnran khwin(2a), kbenaran kahwin luar luar negeri??
ReplyDeletewsalam. kalau awak anak sulung(pertama) dalam keluarga yg nak berkahwin di kelantan, akan ada tambahan dokumen yg perlu diisi. mungkin perlu dokumen tambahan dri pihak lelaki sbb lain negeri lain peraturan. refer balik dgn tok imam ye. semoga urusan dipermudah.
DeleteSalam nk tanya untuk test hiv perempuan memang kena buat kt klinik kelantan tak boleh negeri lain ke?
ReplyDeletewaalaikummuslm. iya, pengantin perempuan yg nak bernikah di kelantan, test HIV hanya boleh buat di kk dlm kelantan shj
DeleteNICE SHARING
ReplyDeletethank you.....
DeleteSalam yana..nak tanya..utk sijil nikah negeri pahang valid brp lama ye?
ReplyDeletewsalam. sijil nikah mana ada tarikh luput la. selagi awak berstatus suami isteri. selagi tu la valid. hehe.
Deletetapi kalau iefa maksudkan sijil kursus kawin, ha yg tu xde tarikh luput juga selagi xberkahwin. kalau dh kawin, bercerai, ha..yg tu kena buat sijil kursus kawin yg baru.
Nama sy iefa bukan iega deh..typo tu ��
ReplyDelete