Wednesday, 20 December 2017

Apa itu Sunscreen, Sunblock dan UV? 💬

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Baru.... ☺💘

Hari ni nak share berkenaan dengan sunscreen, sunblock dan UV. kebetulan nak dijadikan cerita semalam pun ada survey produk berasaskan sunscreen/sunblock nie 💆.


Sunblock 
Sunblock biasanya lebih pekat dan kuat untuk block sinaran UVA/UVB dan radiasi dari matahari.dari segi penggunaan, sunblock ni sekali je dah cukup yg mana hanya utk sapuan sahaja untuk tujuan perlindungan.Texture sunblock ni selalunya berminyak sikit.
Sunblock memiliki kandungan mineral seperti zinc oxide atau titanium dioxide sebagai bahan utamanya. Sangat la sesuai di gunakan pada kulit yang sensitif dan sebab mampu menghalang sinar UVB.


Sunscreen 
Sunscreen pulak lebih transparent dan dapat bagi perlindungan sama macam sunblock. Cuma dia lebih ringan dan sebab tu la nak kena sapu beberapa kali dalam sehari dan kandungan SPF yang diperlukan juga perlu lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan sunblock. 
Krim Sunscreen pula melindungi dari sinaran UVA dan mampu menangkis sinaran UVA, yang mana sinaran UVA ni mempunyai kesan yang lebih kuat untuk merosakkan kulit. Sunscreen mengandungi bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone. Ia tidak sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.


kat atas yana ada sebut pasal UV la, UVA la, UVB. sekarang meh nak citer pasal UV nie pulak. 

Sinaran UV (ultraviolet) adalah sinaran yg terkandung di dlm cahaya matahari. Ia adalah punca utama kpd masalah kulit yg disebabkan oleh cahaya matahari. Sinaran UV boleh merosakkan DNA pd sel-sel kulit. Sekiranya kerosakan berlaku pd DNA gen yg mengawal pertumbuhan sel kulit, ini akan menyebabkan terjadinya kanser kulit.

Sinar UVA : Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  penyebab utama kpd kesan penuaan seperti garis2 halus, kedut & bintik2 gelap pada kulit. Ia menyebabkan 90% penuaan kulit pra-matang (premature skin aging). Sinaran UVA boleh menembusi kaca tingkap.  

Sinar UVBBoleh menyebabkan sunburn kemerahan dan juga sakit. Sinaran ini boleh terhalang oleh kaca tingkap.

Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurkan nuclear acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

Huruf A pada UVA bererti " Aging " ( penuaan ) 
Huruf B pada UVB artinya " Burning " ( pembakaran ) 


APA PENTINGNYA KRIM SUNSCREEN?
Ramai yg masih belum tahu akan kepentingan penggunaan krim Sunscreen ini. Majoriti di antara kita yg tidak menggunakan krim ini sebagai langkah penjagaan asas kulit muka.

Krim Sunscreen dgn ‘Broad-Spectrum Protection’ melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB. Di antara kebaikan krim ini adalah: 
• mengurangkan kesan gelap pada parut jerawat
• mengurangkan pembentukan jeragat & bintik2 gelap pada kulit
• melambatkan kesan2 penuaan spt garis2 halus & kedut.

BILA PERLU SAPU KRIM SUNSCREEN?
Setiap hari pd waktu siang, walaupun berada di dalam rumah atau tempat yg tertutup sbb cahaya matahari masih dapat menembusi.

Yana share yg ini dulu, nanti akan update balik dengan gambar. kot boleh la buat contoh ke rujukan masa nak beli produk2 berasaskan semua nie. Next entry inshaaAllah Yana share berkenaan SPF pulak ye. kang baca panjang2 bosan pulak 😅😅😅😅😅😅😅😅😅

ok sekiannnnnnnnn 
🏊🏉🏇🏄🏃🏂🏀🎿


Thursday, 14 December 2017

Prosedur Perkahwinan Pahang & Kelantan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..😊

untuk hari nie yana nak share berkenaan dengan borang atau dokumen berkaitan dengan urusan perkahwinan. Yana dan bakal suami lain2 negeri yg mana bakal suami anak jati Pahang, Yana ic wilayah persekutuan kuala lumpur, beberapa tahun membesar di kL dan selebihnya membesar di Terengganu dan parents settle down di Kelantan so yana org mana nie? HEHE..  sebab raya kita balik kelantan so org kelantan la deh. 😂😂😂 

utk perkahwinan Yana dan bakal suami, InShaaAllah akad nikah akan disempurnakan di Kelantan.

PIHAK LELAKI (PAHANG)
  • utk belah pahang, kena pergi amik borang kat pejabat agama dulu. pengawai/petugas di pejabat agama tu akan brief apa yg kena buat, apa yg kena isi dan sebagainya.  
  • nie crucial, utk HIV Test korang kena bawak borang yg disediakan oleh pejabat agama Pahang, pegi test kat klinik kesihatan, akan dapat result terus pada hari yg sama dan utk result HIV tu pihak jabatan kesihatan akan letak dalam sampul siap seal (Jangan buka dan pastikan simpan elok2, sbb Test HIV hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 6 bulan).  
  • utk sijil pra perkahwinan , mana2 tempat pun boleh buat. soal sijil nie xde masalah.  
  • untuk semua dokumen, pastikan korang at least sertakan 2 salinan bg setiap 1 ye (lebih xpe)
  • amik sign dan sebagainya macam yg diperlukan dan semasa submit ke pejabat agama, lampirkan semua dokumen original dan salinan yg dah disediakan awal2 tu. 
  • macam bakal suami Yana, utk mendapat kebenaran berkahwin dari pejabat agama sesudah submit borang tu mengambil masa dalam 3hari. submit hari selasa, hari jumaat dh boleh amik (ye tau, efficient gler dorang buat keje tp pastikan semua dokumen dan maklumat lengkap bg melancarkan lagi segala urusan ye). 
  • borang kebenaran berkahwin nie sah dalam jangka masa 90hari ye.
  • bila dah lengkap tu, sila la serahkan segala dokumen tu pada pihak perempuan.  
PIHAK PEREMPUAN ( KELANTAN) 
  • utk yg belah perempuan di kelantan, borang amik dengan tok imam (pergi masjid jumpa tok imam ye, kalau tau rumah tok imam boleh la pegi rumah tok imam jugak. xde masalah nak pegi amik sendiri atau wakil tolong amikkan). xperlu ke pejabat agama. 
  • utk sijil pra perkahwinan, mana2 pun boleh amik. 
  • utk HIV TEST, hanya boleh dilakukan di kelantan ye.. reminder: KLINIK KESIHATAN di KELANTAN SAHAJA. pegi je klinik, kat kaunter pendaftaran tu bgtau siap2 nak buat hiv test. nurse akan bg borang khas, isi siap2 lepastu bg balik kat nurse tu dan tggu la turn ye. urusan HIV nie sekejap je dan akan dpat keputusan terus. (kena tunggu turn je la mungkin akan lama sikit so pegi la awal2 pagi ye). utk keputusan HIV nie dia akan letak dalam sampul siap2. ini la yg pihak perempuan akan lampirkan sekali dgn borang kahwin tu.
  • isi borang dan lampirkan dokumen yg diperlukan (termasuk borang kebenaran perkahwinan yg pihak lelaki dah selesaikan di negeri dia tu yg dia dah serah kat kita tu ha) dan pegi amik sign tok imam siap2. 
  • sesudah amik sign, pegi pejabat agama (macam yana, abah ke lundang), hantar semua borang/dokumen tu. tggu dlm 3hri kalau xsilap yana, nanti pegi amik borang kebenaran nikah kat pejabat agama tu balik. 
  • jangan lupa utk sertakan jugak 2keping gambar setiap sorg. Pastikan yg lelaki memakai songkok atau kopiah, manakala yg perempuan nya tutup aurat ye. 
  • dan utk dokumen yg kita lampirkan, sertakan yg ori dan yg salinan/photocopy. xnak pening, 1 sampul yg ori, 1 sampul yg photocopy. (boleh tgk checklist kat bawah utk dokumen yg perlu dilampirkan (lebih photocopy xpe). 
  • ha sini kena sabar byk ye, pegi jumpa balik tok imam utk bg kebenaran nikah tu, dan masa tu la bincang dgn dia masa mana nak nikah (lepas subuh, sebelum zohor, eh suka hatilah bila yg awak nak ye). 
  • dah selesai semua, maka seterusnya tunggu je la hari akad nikah. hehe 😊


PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)
  • Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
  • Isi borang dengan lengkap.
  • Lampirkan dokumen yang berkaitan
  • Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI  KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN
  • Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
  • Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar/ Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
  • Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
  • Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
  • Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
  • Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
  • Surat perakuan cerai
  • Surat daftar kematian
  • Sijil kursus pra perkahwinan
  • Surat perakuan memeluk Islam
  • Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
  • Surat akuan Sumpah
  • Surat kebenaran daripada imigresen
  • Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempuan 16 tahun) 
  • Surat kebenaran berkahwin secara poligami
  • Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
penjelasan dokumen di atas Yana amik bersumberkan dari web page Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), boleh klik link. 😉

ini sahaja la setakat nie berkaitan dengan borang atau dokumen yg perlu diuruskan berkaitan untuk berkahwin atau urusan dokumentasi perkahwinan.  macam Yana dan bakal suami, kami berdua bekerja di Kuala Lumpur, jadi nya balik kampung la utk selesaikan borang2 nie semua dan memang Abah dan Mama byk membantu dlm selesaikan borang nie (sebab kena cari tok imam masjid tu fuh, HEHE), hal yg demikian la kalau boleh settlekan semua sekali, lengkapkan borang selengkapnya, jd xperlu nak ulang alik atau stress lebih bkenaan borang dan segala macam berkaitan dokumentasi nie. 

Nanti yana akan update entry nie dari semasa ke semasa. harap membantu serba sedikit bagi bride to be/ groom to be yg akan melangsungkan perkahwinan. semoga segala urusan kita dipermudahkan. 💍💎💡