Monday, 30 October 2017

Cendol Viral Murah : Cendol Zam ✌✌

Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues ☀⛅☀

bila tgh stress mula la duk mengimbau semua kenangan yg manis2 je.. tp nie sebab tengah lapar, maka kita mengimbau kenangan yg kenyang-kenyang je la eh.. hehe.. 🍵🍲🍣🍎

Ingat cuti Deepavali hanya utk indian? oh tidak ye, Deepavali aritu Yana pun amik juga peluang utk balik kampung (5hari kot, mmg xla nak menapak je kat kota raya nie je, HEHE). Sebelum nie family Yana mmg ada je pegi makan melepak mengeteh kat tempat makan yg viral dgn free topup cendol la, udang 30ekor RM10 la dan seangkatan dgn mcm nie dan of course la kita yang perantauan nie gler x terliur dan teringin..HEHE.. 

nak dijadikan cerita kebetulan ada kenduri kesyukuran kat Besut, maka nya kami beramai-ramai pun ke Besut ( last yana ke Besut tu ada kot tahun lepas ke 2 tahun lepas 😂😂 ). Besut jugak famous dgn pantai nya yg mmg tiptop..well, Terengganu kot.. ada ke pantai yg xlawa 😙😙😙😙😙.. lepas pd kenduri tu, kami pun singgah pantai jap amik mood sambil2 bawak si cinonet HF dan DN berjalan. 
Along and the gang xde sebab pantang kat rumah.. 💖💗💙

Dalam masa otw ke rumah kenduri dan pantai mmg ada nampak kedai Cendol Zam dan ada lagi la 2, 3 kedai lg dgn sebesar-besar kedai dan jugak banner yg sebesar-besar tulisan yg boleh sgt nak dibaca walaupun tnpa spec 😎😎😎

tapi sbb dh nama entry pun Cendol Zam, so jawab nya mmg kami pergi makan kat sini la dalam byk2 kedai yg lain tu.. HEHE.. 

Waktu operasi adalah 10pagi hingga 6petang. tapi masa Yana dan family smpai ada kot dlm 15minit nak pukul 6petang, tapiiiiiiii... dorang masih layan, serve je leklok..xde pun nak buat muka ke, hentak2 pinggan ke pe.. (which is sgt bagus). 

menu kat Cendol Zam ada byk tp yg haritu kami makan Udang celup Tepung, Sotong Celup Tepung dan Cendol tp last tu order teh o beng dgn ais kosng ( ais kosong dia letak mesin air dgn cawan siap2 kat situ so kira mcm free flow la..hehe ). kebetulan kenyang lagi makan nasi kenduri. order pun bg setakat mampu nak makan, xnak membazir.

Nie antara Menu beserta Harga: 
Udang Celup Tepung: 30-45 Ekor RM10 
Sotong Celup Tepung: RM7 Sepinggan
Nasi Goreng: RM5
Laksa Pinang: RM3
Cendol: RM2 semangkuk
Teh O Ais: RM1

Untuk nak tahu dengan lebih detail boleh la jenguk2 dorang punya FB Page; 

nah, kat bawah nie ada share gambar2, macam biasa la ye.. hehe.. 
Xrugi utk singgah cuba sbb dari segi servis, makanan sedap (udang, sotong fresh.. cendol sedap) dan harga sgt la berbaloi. 

Untuk percubaan pertama kali 😙😙😙
Hidangan sotong RM7 sepinggan 🐙🐙🐙🐙
Hidangan Udang 🍤🍤🍤🍤🍤
Cendol yg boleh refill secara percuma tp sehingga jam 6 petang sahaja ye.
Ini range harga utk 8 orang makan. 


tempat nie bg yana, nak dating boleh, nak gathering boleh nak melepak dgn kawan-kawan pun boleh. sorang2 pun boleh tapi mcm xfun sgt la sbb xboleh share excited nak makan tu. HEHE.. 

Personally, confirm nanti yana akan pegi lagi tapi kena tunggu nanti bila balik kampung la.. hehe.. ok sekian.. nak pegi jenguk student dah siap belum tutorial dorg 😂😎😄💨💧

Sekian..sehingga next entry 👋👀

Monday, 9 October 2017

Kursus Pra Perkahwinan di Astana Mukmin, Wangsa Maju


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. 😂😂😂

pagi-pagi lagi dah jenuh menaip disaat Monday blues masih menebal nie apakah? tapi boleh nak habis waktu keje baru selesai.. hehe... hari nie nak share pasal kursus kawin yang yana dengan tunang pergi weekend yang semalam ( 07.10. 2017 dan 08.10.2017) bertempat di Astana Mukmin (sebelah Wangsa Walk Mall, NZ Curry House Wangsa Maju) . 

bagi la mood nak jadi pengantin tu sikit..hehe ❤

Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan..apa sebenarnya kursus nie? memang kalau nak diikutkan dari kecik lagi memang kita belajar Pendidikan Islam tp bagus rasanya kalau diingat dan direnungkan balik. Kira macam polish balik la, dan xkurang jugak sebagai penambahan ilmu dan pengetahuan dalam institusi rumah tangga dan perkahwinan. Kursus sehari setengah nie terkandung beberapa slot iaitu Akidah dan Ibadah, Prosedur Perkahwinan, Pengurusan Sumber Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Akhlak dan Hubungan Dalam Keluarga, Prngurusan Stress dan jugak RundingCara atau Pembubaran Perkahwinan (mintak jauh la nie). ✌✌✌✌

selepas daftar, nanti kita akan dapat 1file yg terkandung dengan
 jadual, buku Gerbang Perkahwinan nie, dan juga 1 pensel. 

Yana dan bakal suami pergi yang pada hari Sabtu dan Ahad.. untuk atur masa adalah ↓

Sabtu : pendaftaran dari 8pagi- 8.45pagi
     kursus pada jam 9 hingga 7petang
Ahad: Bermula pada jam 8.30pagi hingga 2petang

*jangan risau penat ke, bila nak minum ke hape sebab utk setiap slot ada break dan makanan disediakan. (yg take 5 dari fasilatator ke penceramah ke pegawai pejabat agama ke, tu xde la makanan ke minuman yang disediakan ye). 

sepanjang kursus, lokasi tempat makan adalah di Restoran Patatimo ada la dlm 2minit jalan dari tempat berkursus. jangan risau makanan tak cukup ke, tempat duduk takde ke ye.. tapi sedikit pesanan penaja; sepanjang kursus nie strict dengan masa.. jadi xperlu la nak main2, melepak sgt.. habis kursus nak melepak, nak dating, yg tu suka hati la.. sehari setengah je ha kursus pun.

boleh cuci mata tgk gambar utk sesi makan-makan yang disediakan sepanjang berkursus tu (bg can la muka tunang yang memang semangat macam tu bila bab makan) ....  ☕🍚🍛
Hari Pertama: Breakfast Meehoon Goreng + Teh O Panas

Hari Pertama Lunch: Nasi Minyak Ayam Masak Merah dan Teh'O Limau Ais

Hari Pertama Minum petang: Ais Krim + Air Mineral

Hari Pertama Minum petang: Ais Krim + Air Mineral

Hari ke-2: Breakfast Mee Goreng Telur Dadar + Teh'O Ais

nie maklumat tambahan : 

✔ Harga: RM120/seorang 
✔ Validity Sijil adalah sepanjang hayat ( elok2 simpan ye)
✔Dengan kereta boleh parking di Wangsa Walk Mall atau parking dbkl dekat dgn kawasan tempat kursus.
    ⇒Rate parking pula kalau DBKL adalah 80sen/jam
    ⇒Wangsa Walk Mall RM2 utk first 5hours.
tapi utk ahad parking dbkl tu free, xperlu tiket2 parking segala. (so Ahad tu parking je la depan2 tempat kursus nya tu).
✔ utk yg nak guna lrt pun boleh.. pitstop adalah di LRT Sri Rampai (aliran Kelana Jaya). Kemudian jalan kaki ke Astana Mukmin dlm 10minit.
✔ Utk pengambilan SIJIL boleh dtg ambil bermula pada hari Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. (ada masa-masa nya, nanti Yana update balik ye).


Etika pemakaian dan macam mana cara untuk buat tempahan.
oh, tambahan lagi. Dari segi bayaran, bayar masa hari pendaftaran. Untuk reserve tempat, bayaran tidak diperlukan. Sangat flexible, dan katakan la kalau xjadi pegi atas hal yang xdapat nak dielakkan, inform je dorang awal2 then reschedule je balik. Simple kan? (benda dah senang, jangan nak susah kan ✌😹😹😹😹 ). 

ha lagi 1, nak pergi seorang diri ke, dengan adik-beradik ke, dengan pasangan ke, dengan kawan-kawan ke, tiada masalah ye. Tempat duduk memang asing lelaki di bahagian lelaki, dan perempuan di bahagian perempuan. tapi masa rehat, boleh je pegi makan sama-sama dgn pasangan, kawan2 smua tu.  takde nya timbul isu krik krik ke segan ke, sebab pegi kursus kawin kot bukan nak sesi orientasi..silap-silap yg mana single boleh je jumpa jodoh kat situ sebab ramai je ha yg single pun 😭😉😊. 

apa pulak nie? nie sebenarnya promotion dari pihak innershine.
sesiapa yg berminat nak buat doorgift ke, boleh la order dgn harga promosi.
RM3 1 botol nie. bukak la web dorang kalau berminat. 
nie Yana kira macam gift la sbb bgn awal pada weekend.
HEHEHE
                   ➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷

Alhamdulillah. Kursus Kawin yg rasa mcm mmg xsenang duduk selagi xsettle dah pun selesai sbb sblm nak boleh ke pergi tu, dia punya berdebar mmg sampai xboleh tidur la.. HAHA.. dan boleh la sekarang fokus dengan persiapan majlis.. fuh, inshaAllah, semoga semua dipermudah.. Lepas habis tu baru la rasa lapar, rasa nak itu ini semua la.. 😢😢😢😭😭😭

Seorang MsTunang yg dah lega dan excited la sikit..
HEHE  

*utk info yg lagi tepat, lebih baik utk contact terus dan bertanya. kot dorang ada update sistem ke, tukar cara ke apa ye..

Ok, sekian perkongsian mengenai kursus perkahwinan dlm entry kali nie. semoga bermanfaat la ye.. ♬♫♪♩♭♬♫♪♩ ........