Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues ☀⛅☀
bila tgh stress mula la duk mengimbau semua kenangan yg manis2 je.. tp nie sebab tengah lapar, maka kita mengimbau kenangan yg kenyang-kenyang je la eh.. hehe.. 🍵🍲🍣🍎
Ingat cuti Deepavali hanya utk indian? oh tidak ye, Deepavali aritu Yana pun amik juga peluang utk balik kampung (5hari kot, mmg xla nak menapak je kat kota raya nie je, HEHE). Sebelum nie family Yana mmg ada je pegi makan melepak mengeteh kat tempat makan yg viral dgn free topup cendol la, udang 30ekor RM10 la dan seangkatan dgn mcm nie dan of course la kita yang perantauan nie gler x terliur dan teringin..HEHE..
nak dijadikan cerita kebetulan ada kenduri kesyukuran kat Besut, maka nya kami beramai-ramai pun ke Besut ( last yana ke Besut tu ada kot tahun lepas ke 2 tahun lepas 😂😂 ). Besut jugak famous dgn pantai nya yg mmg tiptop..well, Terengganu kot.. ada ke pantai yg xlawa 😙😙😙😙😙.. lepas pd kenduri tu, kami pun singgah pantai jap amik mood sambil2 bawak si cinonet HF dan DN berjalan.
Along and the gang xde sebab pantang kat rumah.. 💖💗💙 |
Dalam masa otw ke rumah kenduri dan pantai mmg ada nampak kedai Cendol Zam dan ada lagi la 2, 3 kedai lg dgn sebesar-besar kedai dan jugak banner yg sebesar-besar tulisan yg boleh sgt nak dibaca walaupun tnpa spec 😎😎😎
tapi sbb dh nama entry pun Cendol Zam, so jawab nya mmg kami pergi makan kat sini la dalam byk2 kedai yg lain tu.. HEHE..
Waktu operasi adalah 10pagi hingga 6petang. tapi masa Yana dan family smpai ada kot dlm 15minit nak pukul 6petang, tapiiiiiiii... dorang masih layan, serve je leklok..xde pun nak buat muka ke, hentak2 pinggan ke pe.. (which is sgt bagus).
menu kat Cendol Zam ada byk tp yg haritu kami makan Udang celup Tepung, Sotong Celup Tepung dan Cendol tp last tu order teh o beng dgn ais kosng ( ais kosong dia letak mesin air dgn cawan siap2 kat situ so kira mcm free flow la..hehe ). kebetulan kenyang lagi makan nasi kenduri. order pun bg setakat mampu nak makan, xnak membazir.
Nie antara Menu beserta Harga:
Udang Celup Tepung: 30-45 Ekor RM10
Sotong Celup Tepung: RM7 Sepinggan
Nasi Goreng: RM5
Laksa Pinang: RM3
Cendol: RM2 semangkuk
Teh O Ais: RM1
Untuk nak tahu dengan lebih detail boleh la jenguk2 dorang punya FB Page;
nah, kat bawah nie ada share gambar2, macam biasa la ye.. hehe..
Xrugi utk singgah cuba sbb dari segi servis, makanan sedap (udang, sotong fresh.. cendol sedap) dan harga sgt la berbaloi.
Untuk percubaan pertama kali 😙😙😙 |
Hidangan sotong RM7 sepinggan 🐙🐙🐙🐙 |
Hidangan Udang 🍤🍤🍤🍤🍤 |
Cendol yg boleh refill secara percuma tp sehingga jam 6 petang sahaja ye. |
Ini range harga utk 8 orang makan. |
tempat nie bg yana, nak dating boleh, nak gathering boleh nak melepak
dgn kawan-kawan pun boleh. sorang2 pun boleh tapi mcm xfun sgt la sbb
xboleh share excited nak makan tu. HEHE..
Personally,
confirm nanti yana akan pegi lagi tapi kena tunggu nanti bila balik
kampung la.. hehe.. ok sekian.. nak pegi jenguk student dah siap belum
tutorial dorg 😂😎😄💨💧
Sekian..sehingga next entry 👋👀
No comments:
Post a Comment