Assalamualaikum wbt
dan salam mood masih nak bercuti..
sebab sekarang yana
dah mula balik in planning untuk majlis bertandang sebelah pihak
suami, jadi entry kali ni yana nak share persiapan yg boleh bride to
be gunakan sebagai permulaan nak mengorak langkah untuk uruskan apa yg patut dan boleh.
First thing first,
tiada salahnya kalau nak start preparation dari awal tau. Sebab apa?
Macam yana, yana bekerja dan jenis yg suka handle urusan sendiri (
sebab xnak susahkan baik family sendiri atau family mertua dan
confirm yana puas hati.. HEHE).
Macam yana yg belah
perempuan aritu 2bulan sebelum wedding mmg giler2 settle apa yg
boleh. Bulan 11 mmg giler2 tempah kad kawin, settle borang la, book
pelamin, eh macam2 la .. by bulan 12, update balik design dgn warna dgn bridal, warna kanopi, dan seangkatan. Tp hari nikah tu dan hari reception tu
sendiri ada je yg baru selesai..HAHA.. rilek la, hero dop gaduh.. *jgn risau xcukup atau tiada masa. anda boleh ( BRIDE's POWER ).
ok, yana mulakan dgn
bg amik mood tgk gambar kawin yana dulu.. hehe..
yanaXyan 💟💘 |
yana tak ambil full pakej under bridal, semua 1, 1 sebab yana lagi puas hati. tapi byk keje sikit la.
kita mulakan 👇👇👇
Fokus penting utk
BRIDE and GROOM:
1. mekap (MUA)
2. Baju Kawin
3. Heels dan kasut
4. Aksesori (Crown,
Rantai, Bulan Bintang, Bunga Tangan )
5. Henna
6. Barang2 Hantaran
( kami punya 3 balas 5, suka hati la nak berapa 😂 )
utk Persiapan lain2:
1. Kanopi (ada jenis
pyramid la, arabian la, khemah la, pilih je mna berkenan)
2. Katering (
tambahan kalau nak meja beradab , boleh try buat atau deal menu dgn
caterer).
3. Doorgift utk
tetamu
4. Pelamin
5. Kek
6. Photographer
7. kad kahwin ( nak
buat sendiri boleh, nak book dgn mana2 printing company pun boleh
*semua list di atas perlukan anda utk book slot/tarikh awal2 sekali dgn deposit ke hape.. kena pulak kalau kawin masa tarikh hot. sbb tu kata xpe kalau nak book atau tempah awal2.
nie yg lain2 yg mana penting jugak la:
1. Homestay ( rombongan pengantin, saudara mara ke, kawan2 ke)
2. Pulut Kuning (mcm Kelantan, panggil pulut semangat buat cucuk bunga telur).
3. sireh junjung
4. bunga telur
sekian, nie je la kot dlm list yana.. nanti kalau ada lagi tambahan akan ku update ye entry nie. nak lagi senang, boleh la buat planner. nampak flow nya, berapa baki, berapa dh bayar deposit, berapa lagi balance dan sebagainya.
ini contoh planner list yana. setiap kali lepas update, yana akan pass copy baru kat suami ( masa tu tunang la 😄😅😅 ) |
sekian la untuk entry kali ni, next entry yana share yana hire, book, amik , guna servis gerangan siapkah utk majlis reception yana haritu ye. 😍✌☺
semoga membantu serba sedikit utk para bride to be ye. semoga anda dijauhkan daripada menjadi bridezilla. enjoy dan have fun sepanjang process persediaan ye 💅💆😃
No comments:
Post a Comment