Monday, 12 March 2018

Cuti-Cuti Cameron Highlands


Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues.

aritu kawin, 2hari kemudian dh terus start keje. Xsempat2 nak bercuti-cuti atau honeymoon berdua. Hal yg demikian, sebab sekarang not in a very good shape ( stress dgn carry mark student 😑😑😑) , maka kita flashback semua benda2 yg seronok2, yg indah2. *sambil-sambil nak hint husband utk next honeymoon. 💕





Ada apa dgn cameron highland ?
Meh nak share apa yg ada sekarang kat Cameron Highlands tu.
Cameron Highland sekarang (januari 2018), dh xsejuk macam dulu ( dlm tahun 2010). dari segi pakaian, pakai biasa2 pun ok je (malam sejuk sikit tapi masih ok kalau pakai mcm biasa). Dan kalau dulu byk tempat yg free admission, tapi sekarang kalau pergi jangan terkejut pulak kalau ada admission/entrance fee ye.

Cameron Highlands Cactus Point
all kinds of cactus, flowers, baja dan macam2 la ada kat sini. anak pokok tongkat ali, kacip fatimah pun ada. dan mmg perasaan cintakan bunga-bungaan sampai tahap nak berkebun tu boleh jadi sangat tinggi 😂. 

ada juga dijual teh dan other souvenir dekat sini.
Range harga lebih kurang je dgn tempat2 lain.

  • Location: search Cactus Point Cameron Highland (tepi jalan je lepas naik bukit sikit kalau dari Brinchang).
  • Admission : Free (siap ada photography spot)
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
bagi yana, MARDI nie adalah all in one place. ada ladang teh, taman arnab, tanaman macam buah-buahan, bunga-bungaan dan mcm2 la lagi. kalau katakan xcukup masa tp nak merasai semua benda menarik yg kat Cameron Highland nie, yana recommend dtg sini je. View pun mak aiih, sejuk hati. 
 
yana rasa mcm flashback masa dulu
kemaruk main game yg tanam2 pokok tu ha..
😄😄😄
  • Location: search MARDI Cameron Highland
  • Admission (warganegara) : Dewasa RM 5
  • Kanak-Kanak RM 2
  • Warga Emas RM 2
  • Operation hour: 9pg – 5ptg

Kea Farm Market 

Kea Farm nie tempat famous utk nak shopping sayur, bunga, teh pun boleh. harga kena pndai survey ye sebab nya kalau tak kena gaya, mau lagi mahal dari pasaraya.  
  • Location: Brinchang, Pahang
  • Admission : Free (parking susah sikit)
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
  • *friendly reminder: parking kete kat tepi2 jalan tu baik2 ye.. nanti tak pasal ada dapat surat cinta dari pak polisi.😏😏😏



Fragrance Nursery 

Sini segala jenis bunga, anak pokok , alat berkebun, baja dan mcm2 la lagi yg bertemakan tanaman. cactus comel2 pun ada je.. 

  • Location: Bt 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100, Cameron Highlands, Pahang.
  • Admission : Free
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari

Ladang Lebah Ee Feng Gu

Nama pun ladang lebah, jd nya mmg tempat ternak dan pelihara lebah la ye. kalau kebetulan sampai tu, pekerja tgh amik madu ke, tgh bersihkan ke, untung la badan dpat tengok. tp nasihat yana, xperlu la pegi dekat sgt, kang xpsal kena sengat.


  • Location: Ee Feng Gu Bee Farm, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
  • Admission : Free
  • Operation hour: 8.00am - 7.00pm setiap hari
  • *friendly reminder: hati2 dgn lebah ye, sbb tu tempat tinggal mereka maka nya jgn pulak suka-suka nak kacau dorg. mau nangis kalau dapat sengatan kenangan dari dorg. 😒😒😒

Pasar Malam

Dulu pasar malam nie kat brinchang, tp skrg dh tukar pegi Golden Hill. Makanan la byk boleh dpt sini, souvenir, sweater, dan mcm2 lagi. 

  • Location: Jalan Golden Hills, Brinchang
  • Operation hour: Jumaat & Sabtu
  • 6.00pm sehingga malam

Ladang Teh Cameron Valley 

Ladang Teh Cameron Valley...... fuh, sejuk mata memandang, sejuk lagi hati menghayati keindahan dan kehijauan nya. ada laluan utk naik dan turun ke ladang tp berhati-hati sebab tangga nya agak tinggi dan curam. di sini juga, ada tempat utk beli teh keluaran Cameron Valley. Harga nya pulak lebih kurang je dgn kedai2 lain yg kat Kea Farm ke, MARDI ke, mana2 je la kat Cameron Highland nie.



  • Location: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang.
  • Admission : Free
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
  •  
    itu je la rasanya tempat yg yana pegi, kalau ada lagi yg baru teringat atau ada tambahan, nanti yana update ye. gambar2 pun yg nie je dulu ok.. nanti tambah lain..hehe.. utk tempat makan, yana update next entry. 
    yg mana planning ke Cameron Highland, yana suggest utk pegi masa weekdays. sebab hotel rate jauh lagi murah, xsesak dgn pengunjung lain, dan jalan pun xjem. 
     Have fun yg mana nak ke Cameron Highland tu. 😊💅 

No comments:

Post a Comment