Thursday, 21 June 2018

The Best Wantan Mee in Kuala Lumpur/Selangor (Confirm Halal)

Assalamualaikum WBT dan Salam Syawal. 

memandangkan Ramadhan dah berlalu pergi, jadi nya kalau share pasal tempat makan rasa bersalah tu kurang la sikit.. hehe.. dari kecik mmg grandma dah ajar makan mee wantan yg sedap best giler mmg xdapat nak diperkatakan kesedapan nya tu. tapi tu masa kecik la.. dah besar2 nie, of course la nak try byk lagi tempat yg ada jual mee wantan nie. 

maka di sini yana share road to the best wantan noodle bg yana yg yana pernah makan setakat nie ( will have more in list 😁). in terms of halal, jangan risau.. mmg semua tempat tempat nie halal ye (boleh tgk certificate kalau ke outlet/kedai yg berkenaan). 

FIRST AND FOREMOST (top list la nie)↓

location: Food Court Sogo KL
price: RM6
menu description:  wantan soup (dalam wantan ada isi ayam/udang), chicken slice, sayur and of course wantan noodles.

SECOND 
location: Old Town White Coffee
price: RM 15+
menu description: mee wantan, bbq chicken, siu pakchoy, fry dumpling, soup.

 THIRD
location: Food Empire Melawati Mall
price: RM 10+
menu description: wantan mee, dumpling soup.

 LAST (NOT SO RECOMMENDED)
location: PappaRich
price: RM 13+
menu description: mee wantan, siu pak choy (2 helai), dumpling soup (2 ketul)


masing2 ada citarasa sendiri, so ini bg yana la ye. more in the list to come. sbb sejak2 pregnant nie mmg lain macam mengidam nak makan wantan mee nie jd nya kadang2 masa bulan puasa suami mmg bawa pegi berbuka kat luar semata-mata untuk ibu mengandung nie lepas teringin. *TERIMA KASIH SUAMI ♡♥, hehe..

*untuk gambar nanti yana upload ye.. SEKIAN 😉

Tuesday, 5 June 2018

Proses Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung di KKIA 🚼

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Baru 

Hari nie yana nak citer pengalaman yana dgn buku Merah. Ini bukan buku merah yg passport tu, nie buku yg ibu-ibu mengandung tu ha. 

define buku merah/buku pink .. jawapan kat bawah↓
basically buku nie adalah utk Buku untuk merekodkan, mencatat maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung dan juga perkembangan anak yg dikandung. 
mana nak buat buku nie? 
sila la berkunjung ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). tapi yana recommend utk call dulu nearby KKIA dan pastikan samada KKIA tersebut ada x utk zon yg anda duduk. dan kalau ada, boleh terus pegi klinik tersebut utk buat appoinment dulu ye. lepas dapat tarikh dan masa utk appoinment baru la nanti pergi lagi sekali utk buka buku.
macam yana, duduk area Batu Caves dan yana adalah Zon C di KKIA Selayang Baru.
sesudah dapat tarikh utk buka buku pink/merah, spend la sehari kat klinik tu sebab proses nya bukan sekejap la bg tempat yg yana pegi tu.
  1. mula2 pegi daftar (kaunter pendaftaran),
  2. then perlu cek urin
  3. jumpa nurse utk buka buku ( nurse tanya maklumat diri, bila last period, sejarah kesihatan dan sebagainya). 
  4. next pergi amik darah (hantar ke makmal perubatan). 
  5. jumpa nurse balik kemudian pergi pulak jumpa doktor utk scan 1st time(nie exciting giler sbb dpat tgk baby dlm rahim sendiri.. SPEECHLESS 😅)
  6. jumpa balik nurse utk serah buku yg lg 1 utk rekod diorg 
  7. last sekali sila la ke unit farmasi ( sekiranya dapat ubat tambahan). 
*acid folic, iron dan vitamin C nurse bg siap2, jadi nya kalau TIADA ubat tambahan dari doctor maka selesai la urusan buka buku pink anda selepas jumpa nurse yg lepas jumpa doktor tu ye.   
*sila bawa sama salinan sijil nikah (2copy), salinan ic (macam yana guna ic ori), bil api/eletrik utk nak pastikan alamat rumah sekiranya menginap di rumah sewa atau alamat di ic dan alamat tempat tinggal tu berbeza.  (tapi yg ini bergantung pd KKIA yg anda pergi, pastikan dgn nurse masa buat appoinment tu ye). 

ok sekian perkongsian yana buat kali nie. tu je la utk kali nie.. xde nak panjang2.. semoga dipermudahkan urusan ye. Selamat Berpuasa utk lagi beberapa hari.. 😁😁😁