Tuesday, 5 June 2018

Proses Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung di KKIA 🚼

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Baru 

Hari nie yana nak citer pengalaman yana dgn buku Merah. Ini bukan buku merah yg passport tu, nie buku yg ibu-ibu mengandung tu ha. 

define buku merah/buku pink .. jawapan kat bawah↓
basically buku nie adalah utk Buku untuk merekodkan, mencatat maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung dan juga perkembangan anak yg dikandung. 
mana nak buat buku nie? 
sila la berkunjung ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). tapi yana recommend utk call dulu nearby KKIA dan pastikan samada KKIA tersebut ada x utk zon yg anda duduk. dan kalau ada, boleh terus pegi klinik tersebut utk buat appoinment dulu ye. lepas dapat tarikh dan masa utk appoinment baru la nanti pergi lagi sekali utk buka buku.
macam yana, duduk area Batu Caves dan yana adalah Zon C di KKIA Selayang Baru.
sesudah dapat tarikh utk buka buku pink/merah, spend la sehari kat klinik tu sebab proses nya bukan sekejap la bg tempat yg yana pegi tu.
  1. mula2 pegi daftar (kaunter pendaftaran),
  2. then perlu cek urin
  3. jumpa nurse utk buka buku ( nurse tanya maklumat diri, bila last period, sejarah kesihatan dan sebagainya). 
  4. next pergi amik darah (hantar ke makmal perubatan). 
  5. jumpa nurse balik kemudian pergi pulak jumpa doktor utk scan 1st time(nie exciting giler sbb dpat tgk baby dlm rahim sendiri.. SPEECHLESS 😅)
  6. jumpa balik nurse utk serah buku yg lg 1 utk rekod diorg 
  7. last sekali sila la ke unit farmasi ( sekiranya dapat ubat tambahan). 
*acid folic, iron dan vitamin C nurse bg siap2, jadi nya kalau TIADA ubat tambahan dari doctor maka selesai la urusan buka buku pink anda selepas jumpa nurse yg lepas jumpa doktor tu ye.   
*sila bawa sama salinan sijil nikah (2copy), salinan ic (macam yana guna ic ori), bil api/eletrik utk nak pastikan alamat rumah sekiranya menginap di rumah sewa atau alamat di ic dan alamat tempat tinggal tu berbeza.  (tapi yg ini bergantung pd KKIA yg anda pergi, pastikan dgn nurse masa buat appoinment tu ye). 

ok sekian perkongsian yana buat kali nie. tu je la utk kali nie.. xde nak panjang2.. semoga dipermudahkan urusan ye. Selamat Berpuasa utk lagi beberapa hari.. 😁😁😁

No comments:

Post a Comment