Tuesday, 14 April 2020

Bonda di Dapur: Resipi Creme Caramel

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

yana share resipi creme caramel hari nie. guna handwhisk sudah, xperlu kerja keras dgn mixer segala ok.

Resipi Creme Caramel
Bahan-bahan utk creme
4 biji telur
190gm gula kastor
600ml susu
Esen vanila

Bahan-bahan utk caramel
60gm gula kastor
50ml air

cara-cara
1. campurkan telur, gula kastor, susu dan esen vanila. pukul sehingga semua sebati. tapis dan letak tepi.
2. utk lapisan caramel nya. panaskan gula sehingga bertukar coklat. masukkan air dan kacau sebati.
3. terus letak dlm bekas atau acuan yg dikehendaki.
4. tunggu sebentar sehingga gula sudah keras, kemudian masukkan adunan .
5. gunakan kaedah waterbath. bakar dgn suhu 150C, selama 50minit-1jam.

Info Tambahan:
1. susu boleh guna fresh milk, low fat atau pe pun yg anda nak, susu coklat pun boleh. tp jd coklat la nanti creme caramel tu.
2. berhati-hati ketika panaskan gula sbb suhu gula tu tersangat la tinggi dan boleh melecur kalau terkena tangan. 
3. jgn terlalu hitam gula tu nanti akan effect rasa creme caramel. coklat2 gitu dh cukup dh.cepat2 letak dlm bekas atau acuan sbb gula tu cepat keras. 

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba ok 😊😊😊 *nanti yana edit letak gambar

Bonda di Dapur: Resipi Muffin Vanilla dan Coklat

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

hari ni yana nak share resipi muffin. sgt la mudah dan ringkas. boleh campur je semua bahan sekali. xde mixer pun tidak mengapa ye. boleh je buat guna hand whisk.

Resipi Muffin Vanilla

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kalau guna gula castor boleh kurangkan)
1 cawan susu tepung (susu brand apapun boleh)
1/2 cawan air
2tbsp baking powder
secubit garam
1 biji telur
Vanilla esen
1/4 mentega (cairkan)

cara-cara
1. campurkan semua bahan, sebatikan.
2. adunan dah sebati, akhir sekali letak mentega yg telah dicairkan. xperlu bersungguh pukul. hanya kaup balikkan.
3. bakar dgn suhu 180C, selama 20-30minit.

*bergantung kpd oven dan kesukaan masing2 suka tahap mcm mana. mcm yana, yana suka atas tu rangup. so dalam 30 minit dh sedap. kalau nak lembut, 20-25minit dah just nice.



Resipi Muffin Coklat

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kalau guna gula castor boleh kurangkan)
1 cawan susu tepung (susu brand apapun boleh)
1/2 cawan air
1/4 cawan serbuk koko (kalau suka lebih coklat boleh letak lebih tp jgn sampai over)
2tbsp baking powder
secubit garam
1 biji telur
Vanilla esen
1/4 mentega (cairkan)

cara-cara
1. campurkan semua bahan, sebatikan.
2. adunan dah sebati, akhir sekali letak mentega yg telah dicairkan. xperlu bersungguh pukul. hanya kaup balikkan.
3. bakar dgn suhu 180C, selama 20-30minit.

*bergantung kpd oven dan kesukaan masing2 suka tahap mcm mana. mcm yana, yana suka atas tu rangup. so dalam 30 minit dh sedap. kalau nak lembut, 20-25minit dah just nice.

Info Tambahan:
1. resipi muffin ni basic yg sama, cuma kalau nak coklat, boleh ketepikan sikit adunan vanilla dan tambah sedikit serbuk koko. jgn byk sgt sebab nanti muffin keras, nanti xsedap la pulak.
2. nak telak topping pun boleh. suka hati nak letak almond ke, chocolate rice ke, any topping boleh je letak on top ye.
3. 1 adunan boleh dapat dlm 20biji muffin. mcm dlm gambar.

resipi nie yana trial and error based pd beberapa resipi yg yana pernah cuba. yg best sebab semua bahan2 basic yg ada kat rumah je. xsusah nak kena pergi beli brg tambahan.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba ok 😊😊😊*nanti yana edit letak gambar

Tuesday, 31 March 2020

MRA Turning One on 2019 🎈🎊

Assalamualaikum

Late post sbb baru nak ber blog balik. Jadi entry kali nie nak share celebrate birthday MRA masa setahun iaitu pd tahun 2019 (tahun lepas). 

Birthday party MRA celebrate dgn family terdekat shj. Close party ha gitu. Event planner and planning, by Bonda and Daddy. From decorations, food, setup and everything. Boleh la roger kalau nak kami jd event planner anda. Murah2 je kita amik. HAHA πŸ˜‚ 

main attractions of the day πŸŽ‚ 🎈



*will update more pictures later

Hi-Tea at Hotel Royal Kuala Lumpur

assalamualaikum dan salam sejahtera. 

memandangkan sekarang tgh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia maka bertambah-tambah byk la masa utk buat macam-macam benda bg mengisi masa lapang. dan memandangkan juga yg blog yana dh berhabuk, boleh la nak mula update balik. 

untuk hari ini, yana nak throwback balik Hi-Tea di Hotel Royal Kuala Lumpur bersama dgn keluarga (masa tu masih bertiga, tgh pregnant si ORI). ni masa 2019 ye.

big boss

πŸ’•πŸ’˜

hi tea set RM18
hi-tea set nie walaupun dekat Hotel Royal KL tp murah yg amat. ye RM18 shj utk 2pax. beverage sepatutnya coffee or tea tp yg dlm gambar tu dh upgrade kpd latte dan mocha. orange  juice tu add on utk MRA. 

yg mana nak dating ke, celebrate yg tersayang boleh la try ke sini. lepas makan2, dating2, boleh la sambung jalan area Bukit Bintang tu. walking distance je Hotel Royal KL ni dgn Sungei Wang, Lot 10, Pavilion, Berjaya Times Square dan segala yg seangkatan. 

ni harga utk 2019, utk 2020 sila la check website dorang ok (tekan link kat atas).banyak lagi promotion yg on going. dan yg pasti yg best2. any inquiries boleh direct call jugak. lagi senang. rasa macam tahun nie nak repeat tp xsempat2 lagi buat masa sekarang. maybe later. 

sekiannnnnn. *on my way to update more post πŸ˜‰πŸ˜Ž

Thursday, 7 February 2019

Birthday Dinner at Jibby East

Happy Birthday Dear Myself πŸŽ‚

Assalamualaikum.

tanggal 03 January 2019, maka bertambah la lagi 1 angka dalam umur yg meniti perjalanan hidup. lebih bermakna apabila tahun ni, tahun pertama sebagai seorang isteri dan seorang bonda.

husband yana memang seorang yg tiptop bab surprise ni. entah bila dia plan dan atur kan segala benda untuk celebrate birthday wife dia pun yana tak tahu la. untuk celebration kali nie, husband reserve table for two di Jibby East.

overall experience tiptop! service, ambience, food; semua yana tersangat la berpuas hati. lagipun Rizqi Anaqi pun mood baik je, lagi la bonda dan daddy dapat 100% menghayati dinner kami tu πŸ˜™ . nah, kat bawah nie yana share gambar2 masa celebrate birthday yana untuk 2019 😍

Family of 3 πŸŽ€

 
My forever favourite view πŸ’πŸ’




main course 1 *xigt nama food item nie πŸ˜…

Havana Sandwich 🍞

cup kecil: Macchiato
cup besar: Mocha Cappuccino


tambahan: apa yg lagi best kat sini dan rasa punya la special sbb katakan kalau birthday, server/waiter akan serve dessert/special request dengan diiringi lagu happy birthday. secara tidak langsung, ibarat 1 restaurant tu nyanyi sama dan jadilah si birthday person tu center of attraction utk seketika πŸ˜„πŸ˜‚ πŸ‘‘πŸŽˆ.

Pavlova of the day. yg nie ganti kek.
sbb kek is too cliche for a birthday. hehe πŸ˜‚πŸ°
muka happy+excited+bahagia si Birthday Queen πŸ’ƒ
daddy + bonda + Anak= The Best Birthday Present 🎁 πŸ’

ni details:
πŸ‘‡ lokasi  
Jibby East  (boleh direct click utk map).
KL East Gallery, Opposite Middle Ring Road 2,
Taman Melati,53100, Kuala Lumpur.

πŸ‘‡ Contact No.
03-4162 8050 (boleh call untuk buat reservation).

Rate berdasarkan pengalaman sendiri πŸ‘‡
πŸ‘‰ Food 4.5/5
πŸ‘‰ Ambience 4.5/5
πŸ‘‰ Service 5/5

Thats all for this time being.

Thursday, 21 June 2018

The Best Wantan Mee in Kuala Lumpur/Selangor (Confirm Halal)

Assalamualaikum WBT dan Salam Syawal. 

memandangkan Ramadhan dah berlalu pergi, jadi nya kalau share pasal tempat makan rasa bersalah tu kurang la sikit.. hehe.. dari kecik mmg grandma dah ajar makan mee wantan yg sedap best giler mmg xdapat nak diperkatakan kesedapan nya tu. tapi tu masa kecik la.. dah besar2 nie, of course la nak try byk lagi tempat yg ada jual mee wantan nie. 

maka di sini yana share road to the best wantan noodle bg yana yg yana pernah makan setakat nie ( will have more in list 😁). in terms of halal, jangan risau.. mmg semua tempat tempat nie halal ye (boleh tgk certificate kalau ke outlet/kedai yg berkenaan). 

FIRST AND FOREMOST (top list la nie)↓

location: Food Court Sogo KL
price: RM6
menu description:  wantan soup (dalam wantan ada isi ayam/udang), chicken slice, sayur and of course wantan noodles.

SECOND 
location: Old Town White Coffee
price: RM 15+
menu description: mee wantan, bbq chicken, siu pakchoy, fry dumpling, soup.

 THIRD
location: Food Empire Melawati Mall
price: RM 10+
menu description: wantan mee, dumpling soup.

 LAST (NOT SO RECOMMENDED)
location: PappaRich
price: RM 13+
menu description: mee wantan, siu pak choy (2 helai), dumpling soup (2 ketul)


masing2 ada citarasa sendiri, so ini bg yana la ye. more in the list to come. sbb sejak2 pregnant nie mmg lain macam mengidam nak makan wantan mee nie jd nya kadang2 masa bulan puasa suami mmg bawa pegi berbuka kat luar semata-mata untuk ibu mengandung nie lepas teringin. *TERIMA KASIH SUAMI ♡♥, hehe..

*untuk gambar nanti yana upload ye.. SEKIAN πŸ˜‰

Tuesday, 5 June 2018

Proses Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung di KKIA 🚼

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Baru 

Hari nie yana nak citer pengalaman yana dgn buku Merah. Ini bukan buku merah yg passport tu, nie buku yg ibu-ibu mengandung tu ha. 

define buku merah/buku pink .. jawapan kat bawah↓
basically buku nie adalah utk Buku untuk merekodkan, mencatat maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung dan juga perkembangan anak yg dikandung. 
mana nak buat buku nie? 
sila la berkunjung ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). tapi yana recommend utk call dulu nearby KKIA dan pastikan samada KKIA tersebut ada x utk zon yg anda duduk. dan kalau ada, boleh terus pegi klinik tersebut utk buat appoinment dulu ye. lepas dapat tarikh dan masa utk appoinment baru la nanti pergi lagi sekali utk buka buku.
macam yana, duduk area Batu Caves dan yana adalah Zon C di KKIA Selayang Baru.
sesudah dapat tarikh utk buka buku pink/merah, spend la sehari kat klinik tu sebab proses nya bukan sekejap la bg tempat yg yana pegi tu.
  1. mula2 pegi daftar (kaunter pendaftaran),
  2. then perlu cek urin
  3. jumpa nurse utk buka buku ( nurse tanya maklumat diri, bila last period, sejarah kesihatan dan sebagainya). 
  4. next pergi amik darah (hantar ke makmal perubatan). 
  5. jumpa nurse balik kemudian pergi pulak jumpa doktor utk scan 1st time(nie exciting giler sbb dpat tgk baby dlm rahim sendiri.. SPEECHLESS πŸ˜…)
  6. jumpa balik nurse utk serah buku yg lg 1 utk rekod diorg 
  7. last sekali sila la ke unit farmasi ( sekiranya dapat ubat tambahan). 
*acid folic, iron dan vitamin C nurse bg siap2, jadi nya kalau TIADA ubat tambahan dari doctor maka selesai la urusan buka buku pink anda selepas jumpa nurse yg lepas jumpa doktor tu ye.   
*sila bawa sama salinan sijil nikah (2copy), salinan ic (macam yana guna ic ori), bil api/eletrik utk nak pastikan alamat rumah sekiranya menginap di rumah sewa atau alamat di ic dan alamat tempat tinggal tu berbeza.  (tapi yg ini bergantung pd KKIA yg anda pergi, pastikan dgn nurse masa buat appoinment tu ye). 

ok sekian perkongsian yana buat kali nie. tu je la utk kali nie.. xde nak panjang2.. semoga dipermudahkan urusan ye. Selamat Berpuasa utk lagi beberapa hari.. 😁😁😁

Tuesday, 27 March 2018

Cuti - Cuti Cameron Highland: Versi Makan Makan

Assalamualaikum wbt dan Salam Hujung Bulan..

dalam previous entry, Cuti Cuti Cameron Highlands yana ada share pasal tempat yg yana pegi kat Cameron Highlands.. kali ni pulak, tempat makan. so lets have a glance. πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€

Puku Cafe & Kea Farm Market
  • Location: Brinchang, Pahang
  • Admission : Free (parking susah sikit)
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
  • *friendly reminder: parking kete kat tepi2 jalan tu baik2 ye.. nanti tak pasal ada dapat surat cinta dari pak polisi.😏😏😏
ada  macam2 perisi ye. Antaranya: Tropical, Passion, Tiramisu, Oreo, Strawberry.
Strawberry and Tiramisu Ice-Cream.
RM5/Ice-cream
Of course the must item : Strawberry Coklat
Ini olahan ubi rebus yg dicelup dgn coklat dari Strawberry coklat. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


    200 Seeds Cafe by Abang Strawberry 
    • Location: kampung taman sedia
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 8.00pm (except Wednesday).  
    • tempat nie ada jugak tempat untuk petik strawberry.
    Add caption
    Add caption
    Add caption

    Cameron Valley Tea House 2
    • Location: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
    • Admission :Free
    • Operation hour:
      • jumaat, sabtu, ahad: 8am - 7pm
      • isnin, selasa, rabu, khamis: 8.30am - 6pm
    • tempat nie ada ladang teh, tapi as on March 2018, dah kena bayar utk admission.
    Add caption
    Add caption
    Hazelnut Tea and Donut with Vanilla Ice Cream
     
    Atlilla Box Port, Tanah Rata (steamboat dan grill) 

    • Location: search Atilla Boxport ( byk banner tepi jalan)
    • Price : Promotion Price: Rm25 / Dewasa (xsure sampai bila)
                  Normal Price : RM 30 / Dewasa
                  RM 25 / Warga Emas

                  RM 23 / O.K.U

                  RM 20 / Kanak-Kanak

                  kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
    • Operation hour: 4ptg – 11mlm
    pilihan utama
    Add caption

    nie bru mukodimoh org kata..hehehe


    Monday, 12 March 2018

    Cuti-Cuti Cameron Highlands


    Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues.

    aritu kawin, 2hari kemudian dh terus start keje. Xsempat2 nak bercuti-cuti atau honeymoon berdua. Hal yg demikian, sebab sekarang not in a very good shape ( stress dgn carry mark student πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘) , maka kita flashback semua benda2 yg seronok2, yg indah2. *sambil-sambil nak hint husband utk next honeymoon. πŸ’•





    Ada apa dgn cameron highland ?
    Meh nak share apa yg ada sekarang kat Cameron Highlands tu.
    Cameron Highland sekarang (januari 2018), dh xsejuk macam dulu ( dlm tahun 2010). dari segi pakaian, pakai biasa2 pun ok je (malam sejuk sikit tapi masih ok kalau pakai mcm biasa). Dan kalau dulu byk tempat yg free admission, tapi sekarang kalau pergi jangan terkejut pulak kalau ada admission/entrance fee ye.

    Cameron Highlands Cactus Point
    all kinds of cactus, flowers, baja dan macam2 la ada kat sini. anak pokok tongkat ali, kacip fatimah pun ada. dan mmg perasaan cintakan bunga-bungaan sampai tahap nak berkebun tu boleh jadi sangat tinggi πŸ˜‚. 

    ada juga dijual teh dan other souvenir dekat sini.
    Range harga lebih kurang je dgn tempat2 lain.

    • Location: search Cactus Point Cameron Highland (tepi jalan je lepas naik bukit sikit kalau dari Brinchang).
    • Admission : Free (siap ada photography spot)
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 

    Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
    bagi yana, MARDI nie adalah all in one place. ada ladang teh, taman arnab, tanaman macam buah-buahan, bunga-bungaan dan mcm2 la lagi. kalau katakan xcukup masa tp nak merasai semua benda menarik yg kat Cameron Highland nie, yana recommend dtg sini je. View pun mak aiih, sejuk hati. 
     
    yana rasa mcm flashback masa dulu
    kemaruk main game yg tanam2 pokok tu ha..
    πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
    • Location: search MARDI Cameron Highland
    • Admission (warganegara) : Dewasa RM 5
    • Kanak-Kanak RM 2
    • Warga Emas RM 2
    • Operation hour: 9pg – 5ptg

    Kea Farm Market 

    Kea Farm nie tempat famous utk nak shopping sayur, bunga, teh pun boleh. harga kena pndai survey ye sebab nya kalau tak kena gaya, mau lagi mahal dari pasaraya.  
    • Location: Brinchang, Pahang
    • Admission : Free (parking susah sikit)
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
    • *friendly reminder: parking kete kat tepi2 jalan tu baik2 ye.. nanti tak pasal ada dapat surat cinta dari pak polisi.😏😏😏



    Fragrance Nursery 

    Sini segala jenis bunga, anak pokok , alat berkebun, baja dan mcm2 la lagi yg bertemakan tanaman. cactus comel2 pun ada je.. 

    • Location: Bt 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100, Cameron Highlands, Pahang.
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari

    Ladang Lebah Ee Feng Gu

    Nama pun ladang lebah, jd nya mmg tempat ternak dan pelihara lebah la ye. kalau kebetulan sampai tu, pekerja tgh amik madu ke, tgh bersihkan ke, untung la badan dpat tengok. tp nasihat yana, xperlu la pegi dekat sgt, kang xpsal kena sengat.


    • Location: Ee Feng Gu Bee Farm, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 7.00pm setiap hari
    • *friendly reminder: hati2 dgn lebah ye, sbb tu tempat tinggal mereka maka nya jgn pulak suka-suka nak kacau dorg. mau nangis kalau dapat sengatan kenangan dari dorg. πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’

    Pasar Malam

    Dulu pasar malam nie kat brinchang, tp skrg dh tukar pegi Golden Hill. Makanan la byk boleh dpt sini, souvenir, sweater, dan mcm2 lagi. 

    • Location: Jalan Golden Hills, Brinchang
    • Operation hour: Jumaat & Sabtu
    • 6.00pm sehingga malam

    Ladang Teh Cameron Valley 

    Ladang Teh Cameron Valley...... fuh, sejuk mata memandang, sejuk lagi hati menghayati keindahan dan kehijauan nya. ada laluan utk naik dan turun ke ladang tp berhati-hati sebab tangga nya agak tinggi dan curam. di sini juga, ada tempat utk beli teh keluaran Cameron Valley. Harga nya pulak lebih kurang je dgn kedai2 lain yg kat Kea Farm ke, MARDI ke, mana2 je la kat Cameron Highland nie.



    • Location: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang.
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
    •  
      itu je la rasanya tempat yg yana pegi, kalau ada lagi yg baru teringat atau ada tambahan, nanti yana update ye. gambar2 pun yg nie je dulu ok.. nanti tambah lain..hehe.. utk tempat makan, yana update next entry. 
      yg mana planning ke Cameron Highland, yana suggest utk pegi masa weekdays. sebab hotel rate jauh lagi murah, xsesak dgn pengunjung lain, dan jalan pun xjem. 
       Have fun yg mana nak ke Cameron Highland tu. πŸ˜ŠπŸ’… 

    Monday, 26 February 2018

    Walimatul Urus Dayana&Syazwan ( Checklist ✔ )

    Assalamualaikum wbt dan Salam Counting Days bg yg nak kawin πŸ’….

    Entry lepas yana ada share persiapan utk majlis perkahwinan untuk bride and groom to be dan jugak utk kelancaran perjalanan majlis. Jadi kali ni, yana nak share pulak, semua yg terlibat dlm walimatul urus belah yana bulan 1 aritu. Dan untuk semua contact nie, yana sgt berpuas hati dan recommend dorg nie semua utk sape2 yg nak kawin. *nie cover area Kelantan ye πŸ˜ƒπŸ’¬

    yanaXyan 🌷🌸
    tada .. kita mulakan..hehe.. 😊

    1. mekap (MUA) dan Henna

    Akad Nikah:
    πŸ‘‰ Cik Merah ( beginner dlm mekap2 nie, utk dinner, konvo, event ok sgt)
    πŸ‘‰ buat masa sekarang cover area Kuala Lumpur dan Selangor.
    πŸ‘‰ harga murah2 je serendah RM50
    πŸ‘‰ boleh dm IG beliau ok.

    Bersanding:  yana amik dari org yg sama dgn inai.
      πŸ‘‰mekap: Hana_Hassan
      πŸ‘‰henna:  MUA & HENNA ARTIST KELANTAN
      πŸ‘‰ini no Whatsapp 601125625004 (Hana)
      πŸ‘‰dari segi harga, berpatutan dgn servis dan hasil nya.  

    Mekap Akad Nikah mmg sgt nampak suci dalam debu πŸ’—. hehe
    henna yana pakai malam sebelum akad nikah. tip top merah dia.

    2. Persalinan Pengantin

        Adam Daniyal Wedding Planner
       πŸ‘‰no whatsapp dan call 017-2132434 / 012-5152434
       πŸ‘‰boleh sewa baju sahaja atau nak amik pakej.
       πŸ‘‰Sewa baju sekali dgn tudung, veil, samping, tengkolok.
       πŸ‘‰kalau tarikh lambat lagi dan kawin pd tarikh hot, pegi je book dulu.
       πŸ‘‰RM350 sepasang.

      
    mmg yana nak pakai baju yg meleret-leret. instead of baju meleret. yana dapat veil yg meleret.
    wishlish ✔
    Pengantin Lelaki πŸ’˜

    3. Aksesori (Crown, Rantai, Bulan Bintang, Keris) dan Pelamin

    belladonna_pelaminrustic.  
    πŸ‘‰ suggestion yana, terus ws 60142552574 (Mia). 
    πŸ‘‰ ada mini pelamin, pelamin dewan, baju pengantin, hantaran. semua nie diorg ada buat. 
    πŸ‘‰ harga? sgt la berpatutan.
    πŸ‘‰ FOC: 2 bantal akad nikah, payung masa berarak dan bunga tangan.
    πŸ‘‰ mini pelamin yana nie dapat special price sbb 1st customer tahun nie (2018). *untung diri.hehe. 


    Pelamin mini tp xmacam mini dh rasa.. mmg wishlist ✔❤
    crown, bulan bintang, rantai lelaki dari Belladona πŸ‘‘

    4. Kanopi 
        πŸ‘‰ ada jenis pyramid la, arabian la, khemah la, pilih je mna berkenan
        πŸ‘‰ nak senang kan, terus whatsapp 019-9117366 (Hj Halim). 
        πŸ‘‰ ada set khemah, set meja beradab dan mcm2. 
        πŸ‘‰ bajet dari RM200 hingga terpulang ada tambahan itu ini ke x. (pakej sekali kipas dan lampu).

    tema kanopi yana grey dan maroon.

    5. Makan beradab

       πŸ‘‰ special by mama and angah
       πŸ‘‰ ada udang panjat, ikan siakap 3 rasa, ayam masak merah, macam2 la lagi.






    6. Doorgift
      
    arkadiusdoorgift
       πŸ‘‰ doorgift yana produk Avon sponsored by family dan choc bar.
       πŸ‘‰ Choc bar tu yana tempah dari arkadius.
       πŸ‘‰ 1 bar/90 sen. dan mcm biasa la, lagi byk lagi la murah (sekali dgn customised design yg korang nak) 

    nie doorgift yg dah siap 🎁
    7. Kek ( Baker )

       awacakeboutique
       πŸ‘‰ kek yana 2 tier, kek span 3 flavour. (vanilla, pandan, strawberry).
       πŸ‘‰ nak bg gambar boleh, nak design ikut suka hati pun ok. 
       πŸ‘‰ harga? bg yana akak nie yg paling murah dan murah nya tu dgn kualiti yg tiptop sgt la berbaloi.
       πŸ‘‰ Harga RM150.
       πŸ‘‰ nak senang terus whatsapp 60132066042

    sesi potong kek. πŸŽ‚
    mmg mcm yg yana nak! satisfaction level A++ πŸŽ€


    8. Photographer

    aicaphotography.kelantan
      πŸ‘‰photographer nie baru dlm bidang amik gambar wedding secara profesional tapi bg yana gambar dia cantik2. puas hati sgt.
      πŸ‘‰ seorang puan ye, dan sgt senang nak keje dgn puan fiqa nie.
      πŸ‘‰harga? of course la berpatutan dan bg yana sgt la murah. (tp sekarang dh byk job, harga dh lain la agaknya. tp cantik gambar dia, dan sgt pantas dpat softcopy 😎). 


    9. Gubahan Hantaran, Hand Bouquet
       
     The Crush Coated
        πŸ‘‰hantaran pihak pengantin perempuan, kakak yana yg gubah sendiri. pihak pengantin lelaki, kakak ipar suami yg gubah.
       πŸ‘‰ yana ada sewakan par rustic dan hand bouquet. *boleh ushar2 fb dan ig TheCrushCoated . πŸ’»


    Hantaran Pihak Perempuan
    Hantaran Pihak Lelaki
    πŸ’ΈπŸ“Œ boleh dikatakan yang masa planning wedding yana nie, yana dh allocate budget for each checklist. dan utk dpat yg within budget, yana byk mencari baik kat instagram, facebook, name it..mcm2 source yana guna.

    ☕🌻dan alhamdulillah, mmg yana jumpa dan dapat yg within budget. yg paling penting, baik pelamin, mekap , photographer, kanopi, semua mmg sgt senang nak berkomunikasi. *ore klate oyak, mudoh bhso. πŸ˜„

    πŸ’„πŸ“Œnie yana hanya share utk bride to be yg nak buat wedding preparation kat kelantan tau. Tak sure la dorg nie cover luar Kelantan ke x. kot la boleh dijadikan panduan.

    πŸ‘ πŸ’Œtips paling penting, kalau ada bajet dari awal terus bgtau bridal ke, baker ke, mekap ke, kot dorg ada pakej atau boleh fulfill desire korang ikut bajet. jangan bebankan diri, berbelanja mengikut kemampuan.

    ⛱πŸŽ‰Yana harap dpat membantu serba sedikit ye.  yana tgh excited preparation utk majlis bertandang belah lelaki pula tapi masih xmove on lagi dgn majlis sendiri aritu. hehe..

    🍴🎈nanti yana update entry nie dari masa ke masa, kot la ada tambahan info yg baru teringat.. πŸ˜‰πŸ’Ÿ.. tu je la utk kali nie, nak smbung update attendance student 😏😏😏😏

    Raja Sehari πŸ’‘

    Have fun with the wedding preparation
    and
    say no to gejala Bridezilla .. πŸŒ»πŸŒΊπŸ‘°πŸ˜‚πŸŒΉπŸŒ·