Wednesday, 20 December 2017

Apa itu Sunscreen, Sunblock dan UV? 💬

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Baru.... ☺💘

Hari ni nak share berkenaan dengan sunscreen, sunblock dan UV. kebetulan nak dijadikan cerita semalam pun ada survey produk berasaskan sunscreen/sunblock nie 💆.


Sunblock 
Sunblock biasanya lebih pekat dan kuat untuk block sinaran UVA/UVB dan radiasi dari matahari.dari segi penggunaan, sunblock ni sekali je dah cukup yg mana hanya utk sapuan sahaja untuk tujuan perlindungan.Texture sunblock ni selalunya berminyak sikit.
Sunblock memiliki kandungan mineral seperti zinc oxide atau titanium dioxide sebagai bahan utamanya. Sangat la sesuai di gunakan pada kulit yang sensitif dan sebab mampu menghalang sinar UVB.


Sunscreen 
Sunscreen pulak lebih transparent dan dapat bagi perlindungan sama macam sunblock. Cuma dia lebih ringan dan sebab tu la nak kena sapu beberapa kali dalam sehari dan kandungan SPF yang diperlukan juga perlu lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan sunblock. 
Krim Sunscreen pula melindungi dari sinaran UVA dan mampu menangkis sinaran UVA, yang mana sinaran UVA ni mempunyai kesan yang lebih kuat untuk merosakkan kulit. Sunscreen mengandungi bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone. Ia tidak sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.


kat atas yana ada sebut pasal UV la, UVA la, UVB. sekarang meh nak citer pasal UV nie pulak. 

Sinaran UV (ultraviolet) adalah sinaran yg terkandung di dlm cahaya matahari. Ia adalah punca utama kpd masalah kulit yg disebabkan oleh cahaya matahari. Sinaran UV boleh merosakkan DNA pd sel-sel kulit. Sekiranya kerosakan berlaku pd DNA gen yg mengawal pertumbuhan sel kulit, ini akan menyebabkan terjadinya kanser kulit.

Sinar UVA : Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  penyebab utama kpd kesan penuaan seperti garis2 halus, kedut & bintik2 gelap pada kulit. Ia menyebabkan 90% penuaan kulit pra-matang (premature skin aging). Sinaran UVA boleh menembusi kaca tingkap.  

Sinar UVBBoleh menyebabkan sunburn kemerahan dan juga sakit. Sinaran ini boleh terhalang oleh kaca tingkap.

Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurkan nuclear acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

Huruf A pada UVA bererti " Aging " ( penuaan ) 
Huruf B pada UVB artinya " Burning " ( pembakaran ) 


APA PENTINGNYA KRIM SUNSCREEN?
Ramai yg masih belum tahu akan kepentingan penggunaan krim Sunscreen ini. Majoriti di antara kita yg tidak menggunakan krim ini sebagai langkah penjagaan asas kulit muka.

Krim Sunscreen dgn ‘Broad-Spectrum Protection’ melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB. Di antara kebaikan krim ini adalah: 
• mengurangkan kesan gelap pada parut jerawat
• mengurangkan pembentukan jeragat & bintik2 gelap pada kulit
• melambatkan kesan2 penuaan spt garis2 halus & kedut.

BILA PERLU SAPU KRIM SUNSCREEN?
Setiap hari pd waktu siang, walaupun berada di dalam rumah atau tempat yg tertutup sbb cahaya matahari masih dapat menembusi.

Yana share yg ini dulu, nanti akan update balik dengan gambar. kot boleh la buat contoh ke rujukan masa nak beli produk2 berasaskan semua nie. Next entry inshaaAllah Yana share berkenaan SPF pulak ye. kang baca panjang2 bosan pulak 😅😅😅😅😅😅😅😅😅

ok sekiannnnnnnnn 
🏊🏉🏇🏄🏃🏂🏀🎿


Thursday, 14 December 2017

Prosedur Perkahwinan Pahang & Kelantan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..😊

untuk hari nie yana nak share berkenaan dengan borang atau dokumen berkaitan dengan urusan perkahwinan. Yana dan bakal suami lain2 negeri yg mana bakal suami anak jati Pahang, Yana ic wilayah persekutuan kuala lumpur, beberapa tahun membesar di kL dan selebihnya membesar di Terengganu dan parents settle down di Kelantan so yana org mana nie? HEHE..  sebab raya kita balik kelantan so org kelantan la deh. 😂😂😂 

utk perkahwinan Yana dan bakal suami, InShaaAllah akad nikah akan disempurnakan di Kelantan.

PIHAK LELAKI (PAHANG)
  • utk belah pahang, kena pergi amik borang kat pejabat agama dulu. pengawai/petugas di pejabat agama tu akan brief apa yg kena buat, apa yg kena isi dan sebagainya.  
  • nie crucial, utk HIV Test korang kena bawak borang yg disediakan oleh pejabat agama Pahang, pegi test kat klinik kesihatan, akan dapat result terus pada hari yg sama dan utk result HIV tu pihak jabatan kesihatan akan letak dalam sampul siap seal (Jangan buka dan pastikan simpan elok2, sbb Test HIV hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 6 bulan).  
  • utk sijil pra perkahwinan , mana2 tempat pun boleh buat. soal sijil nie xde masalah.  
  • untuk semua dokumen, pastikan korang at least sertakan 2 salinan bg setiap 1 ye (lebih xpe)
  • amik sign dan sebagainya macam yg diperlukan dan semasa submit ke pejabat agama, lampirkan semua dokumen original dan salinan yg dah disediakan awal2 tu. 
  • macam bakal suami Yana, utk mendapat kebenaran berkahwin dari pejabat agama sesudah submit borang tu mengambil masa dalam 3hari. submit hari selasa, hari jumaat dh boleh amik (ye tau, efficient gler dorang buat keje tp pastikan semua dokumen dan maklumat lengkap bg melancarkan lagi segala urusan ye). 
  • borang kebenaran berkahwin nie sah dalam jangka masa 90hari ye.
  • bila dah lengkap tu, sila la serahkan segala dokumen tu pada pihak perempuan.  
PIHAK PEREMPUAN ( KELANTAN) 
  • utk yg belah perempuan di kelantan, borang amik dengan tok imam (pergi masjid jumpa tok imam ye, kalau tau rumah tok imam boleh la pegi rumah tok imam jugak. xde masalah nak pegi amik sendiri atau wakil tolong amikkan). xperlu ke pejabat agama. 
  • utk sijil pra perkahwinan, mana2 pun boleh amik. 
  • utk HIV TEST, hanya boleh dilakukan di kelantan ye.. reminder: KLINIK KESIHATAN di KELANTAN SAHAJA. pegi je klinik, kat kaunter pendaftaran tu bgtau siap2 nak buat hiv test. nurse akan bg borang khas, isi siap2 lepastu bg balik kat nurse tu dan tggu la turn ye. urusan HIV nie sekejap je dan akan dpat keputusan terus. (kena tunggu turn je la mungkin akan lama sikit so pegi la awal2 pagi ye). utk keputusan HIV nie dia akan letak dalam sampul siap2. ini la yg pihak perempuan akan lampirkan sekali dgn borang kahwin tu.
  • isi borang dan lampirkan dokumen yg diperlukan (termasuk borang kebenaran perkahwinan yg pihak lelaki dah selesaikan di negeri dia tu yg dia dah serah kat kita tu ha) dan pegi amik sign tok imam siap2. 
  • sesudah amik sign, pegi pejabat agama (macam yana, abah ke lundang), hantar semua borang/dokumen tu. tggu dlm 3hri kalau xsilap yana, nanti pegi amik borang kebenaran nikah kat pejabat agama tu balik. 
  • jangan lupa utk sertakan jugak 2keping gambar setiap sorg. Pastikan yg lelaki memakai songkok atau kopiah, manakala yg perempuan nya tutup aurat ye. 
  • dan utk dokumen yg kita lampirkan, sertakan yg ori dan yg salinan/photocopy. xnak pening, 1 sampul yg ori, 1 sampul yg photocopy. (boleh tgk checklist kat bawah utk dokumen yg perlu dilampirkan (lebih photocopy xpe). 
  • ha sini kena sabar byk ye, pegi jumpa balik tok imam utk bg kebenaran nikah tu, dan masa tu la bincang dgn dia masa mana nak nikah (lepas subuh, sebelum zohor, eh suka hatilah bila yg awak nak ye). 
  • dah selesai semua, maka seterusnya tunggu je la hari akad nikah. hehe 😊


PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)
  • Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
  • Isi borang dengan lengkap.
  • Lampirkan dokumen yang berkaitan
  • Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI  KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN
  • Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
  • Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar/ Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
  • Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
  • Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
  • Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
  • Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
  • Surat perakuan cerai
  • Surat daftar kematian
  • Sijil kursus pra perkahwinan
  • Surat perakuan memeluk Islam
  • Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
  • Surat akuan Sumpah
  • Surat kebenaran daripada imigresen
  • Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempuan 16 tahun) 
  • Surat kebenaran berkahwin secara poligami
  • Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
penjelasan dokumen di atas Yana amik bersumberkan dari web page Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), boleh klik link. 😉

ini sahaja la setakat nie berkaitan dengan borang atau dokumen yg perlu diuruskan berkaitan untuk berkahwin atau urusan dokumentasi perkahwinan.  macam Yana dan bakal suami, kami berdua bekerja di Kuala Lumpur, jadi nya balik kampung la utk selesaikan borang2 nie semua dan memang Abah dan Mama byk membantu dlm selesaikan borang nie (sebab kena cari tok imam masjid tu fuh, HEHE), hal yg demikian la kalau boleh settlekan semua sekali, lengkapkan borang selengkapnya, jd xperlu nak ulang alik atau stress lebih bkenaan borang dan segala macam berkaitan dokumentasi nie. 

Nanti yana akan update entry nie dari semasa ke semasa. harap membantu serba sedikit bagi bride to be/ groom to be yg akan melangsungkan perkahwinan. semoga segala urusan kita dipermudahkan. 💍💎💡

Wednesday, 29 November 2017

D'Red Chair Wangsa Maju

Assalamualaikum wbt and A very good day ahead ☀

D'Red Chair Wangsa Maju. 

Located in Wangsa Maju and what is best for me here is their Char Kuew Teow and Chicken Wing. there are having the best of these two in town. for anyone who love shisha, i will also suggest to come and have it here.

Let the story begin ✨✨✨✨💨😃😄
MrTunang favourite place.
(ada kot once a week datang melepak sini 😁)

Must have item every time coming here.

   
Char Kuew Teow normal and Teh Ais
RM5/Char Kuew Teow Normal






The zoom in 👀😋

Chicken Wing
Rm10/1 set






see the other side? yesss..MrTunang can eat these chicken wing all night.
🍴 🍗🍗🍗🍴


in terms of parking, u will not have any issue since there are huge parking lot for cars and bike ( since it is in the area of shoplot) and it is also free.

in terms of location, the landmark will be nearby Wangsa Walk, Burger KIng , Pizza Hut and KFC. The most precise will be just walking distance from Affin Bank Wangsa Maju and Orange Cybercafe.

In terms of Operation Hour: for the Char Kuew Teow stall will be around 8pm until early in the morning (that is why there are a lot of parking space available and free).

In terms of ambience: open space and can be outdoor or indoor.

So thats all for now... do go and have a try here.. happy tummy ahead
🍔🍕🍜🍝🍴🍹🍸




Tuesday, 28 November 2017

Benefits of Chia Seeds / Kepentingan Chia Seed

Assalamualaikum wbt dan Salam Tengkujuh ☂☔

as for today since next month im going to go back to have strict discipline on food and fitness, so i feel like why dont i share about the goodness in consuming CHIA SEED.

But WHY CHIA SEED??? 😏💅

for my very own self, it so difficult to consume any supplement (sebab tak pernah jumpa yg sesuai). and that is why i am choosing to have chia seed. Chia seed are sooooooo easy to eat with any kind of food, drink with any kind of beverage and also to bring it anywhere anytime. 😉😉😉

so here are some of the advantages.. 👇👇👇

1. Skin and Aging
Researchers from Mexico uncovered that chia seeds had a total natural phenolic (antioxidants) concentration nearly two times higher than previously reported. This research essentially proves that chia seeds are one of nature’s riches high-antioxidant foods. Antioxidants speed up the skin’s repair systems and prevent further damage. Taking chia seeds can prevent premature skin aging due to inflammation and free radical damage.

2. Digestive Health
Chia is super-high in fiber, One serving equivalent to the recommended fiber ( to balance insulin levels) intake for the day, according to the American Dietetic Association.
Being high in dietary fiber, chia seeds benefits bowel regularity and healthy stool. The rich fiber content in chia seeds also helps people feel more full quicker because it absorbs a considerable amount of water and immediately expands in the stomach when eaten.This may explain why clinical studies have proved that chia curbs hunger and suppresses appetite, which can also lead to weight loss.

3. Heart Health
Chia seeds’ ability to reverse inflammation, regulate cholesterol and lower blood pressure make it extremely beneficial to consume for heart health.For such chia is quite high in healthy fats, boasting more omega-3s (to protect the heart by lowering blood pressure, bad cholesterol and inflammation) than salmon.

4. Help Treat Diabetes
Because chia seeds are rich in alpha-linolenic acid and fiber, researchers from the University of Litoral in Argentina set out to determine how chia seeds can help prevent metabolic disorders like dyslipidemia (excessive fat in the blood) and insulin resistance, which are two factors in the development of diabetes.

5. Boost Your Energy and Metabolism
By adding a serving of chia seeds a day, you can help boost your metabolism and burn belly fat as well. Studies show that the addition of chia seeds to your diet also reduces visceral adipose tissue, a “belly fat” tissue that effects the metabolism of the body and is a component of obesity.
6. Stronger Bones
Just one ounce of chia seeds has about 18 percent of the recommended daily amount of calcium. Calcium is fundamental in bone health and helps maintain bone strength and mass.

7. Build Muscle and Lose Weight
Chia seeds also rank among the top plant-based sources of protein (great to consume for those trying to put on lean muscle, burn fat and balance blood sugar levels). They can absorb up to 10 times their own weight in water and can prolong hydration and improve nutrient absorption of electrolytes. This also slows digestion and keeps you feeling fuller longer, reducing sugar cravings.


8. Fight Breast and Cervical Cancer
Chia seeds are rich in alpha lipoic acid (or ALA), which is an omega-3 fatty acid which is cancer-fighting foods

9. Dental Health
With chia seeds packed with calcium, phosphorus, vitamin A and zinc, it’s no wonder that they’re a top food to help your teeth. Calcium is the building block of your teeth and necessary for tooth health.

Zinc prevents tartar by keeping plaque from mineralizing onto your teeth and has an antibacterial effect that keeps bad breath germs away. Vitamin A and phosphorus are also important for strong teeth and a healthy mouth.


 
why i say it can be bring anywhere anytime? see, because it is just in form of pocket bottle.
😁😂😄

so how to get and buy these? 
1. do follow ig thecrushcoated 
2. Facebook Page The Crush Coated
3. Carousel : thecrushcoated
4. also in Shopee : Pocket Chia Seed Love Earth® / Chia Seed Organic

so that is all what i want to share for today on the benefits of Chia Seed. Next i will share on the options that u have on how to consume these Chia Seed together with your food and drinks. 
(i might also put the recipe.. we will see how.. hahaha 😉😏😏🍮🍰💡 )

Hope these info will help you guys on Chia Seed 🌷🌻
 so thank you for your time.  💎


Monday, 13 November 2017

Childhood Memory Lane MyTown Cheras

Assalamualaikum wbt dan Salam Mengimbau Kenangan 😎

Memandangkan mrTunang dah selesai dgn dia punya audit la, visitation la, subject file la segala..maka nya weekend baru nie dapat la jugak merasa weekend (sebelum nie setakat keluar minum makan gitu je lah 😒😒😒). Sabtu dah sehari kami pusing cari baju kahwin, jadi Ahad nya lebih kepada jalan2 cuci mata berjalan dan cari hantaran pulak. 

ke arah Ampang la pulak, sbb nya sblm2 nie duk jalan area Setapak, Wangsa Maju, Gombak je.. Kita tukar angin sikit.. nak singgah Ikea tp tggu pindah rumah dulu, hal yang demikian kami ke MyTown Cheras (sebelah je ha dengan IKEA Cheras).. 😁😁😁

sis bg teaser sikit seorang kanak-kanak zaman 90an yang sunggoh excited jumpa mainan yg masa kecik2 dapat tengok je.. hehe *nanti kita beli 1, i letak utk hantaran eh 😅😜

 
Childhood Memory Lane 
MyTown Shopping Centre nie sama je ha mcm mall yg lain, tp antara yg menarik adalah nie ha, kedai yg viral tu. tp memang mengimbau kenangan jugak la.. bila nampak gula-gula batu, kad tepuk yg dulu 20sen je sekeping, gam kanji, tikam, beyblade.. eh macam2 la lagi.. nah kat bawah yana letak gambar2 yg sempat amik.. tp beralik la bila dh masuk kedai nie.. hehe

nie stick yg kita akan terabur kan lepastu bila dah selerak, kita pilih 1 warna dan bawak keluar dari timbunan tu tanpa gerakkan stick warna yg lain.. tu cara yana main dulu la..hehe ⚇♛

Kad tepuk (nie yg yana panggil la 😅)


Brick Game

Cyberpet nie kalau masa kecik2 RM99 ok...

Laser

Gasing
       
Nama moden dia Surprise Bag, Yana dulu panggil tikam je..haha

suai padan baju dekat patung kertas.



macam2 barang yg ada dan untuk makanan mcm yg yana share kat bawah tu .. ada promo harga special dorg bg.. tp utk certain and selected item sahaja ye. 



Hiro nie la dulu selalu tahan babu sbb nak beli.. hehe


untuk lokasi, kiosk nie terletak kat Basement 1, dekat dgn PizzaHut, Family Mart.. Kalau jumpa 2 nie, pusing je la area situ ye.. nanti nampak la kiosk nie.. 

Parking sini senang dan banyak dan xpayah nak beratur ke nak melanguk..utk parking rate pulak.. 
Weekend : RM3 utk 3jam pertama
Weekday: RM2 utk 3jam pertama

tu je la buat entry kali nie ye. nanti yana nak share yana punya persiapan kahwin pulak la.. hehe.. 

Penutup kali nie, yana belanja gambar Ice-Cream Matcha dan CheeseCake Ice-Cream by Family Mart. 
😋😋😋

🍦🍦🍦🍦🍦🍦

Monday, 30 October 2017

Cendol Viral Murah : Cendol Zam ✌✌

Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues ☀⛅☀

bila tgh stress mula la duk mengimbau semua kenangan yg manis2 je.. tp nie sebab tengah lapar, maka kita mengimbau kenangan yg kenyang-kenyang je la eh.. hehe.. 🍵🍲🍣🍎

Ingat cuti Deepavali hanya utk indian? oh tidak ye, Deepavali aritu Yana pun amik juga peluang utk balik kampung (5hari kot, mmg xla nak menapak je kat kota raya nie je, HEHE). Sebelum nie family Yana mmg ada je pegi makan melepak mengeteh kat tempat makan yg viral dgn free topup cendol la, udang 30ekor RM10 la dan seangkatan dgn mcm nie dan of course la kita yang perantauan nie gler x terliur dan teringin..HEHE.. 

nak dijadikan cerita kebetulan ada kenduri kesyukuran kat Besut, maka nya kami beramai-ramai pun ke Besut ( last yana ke Besut tu ada kot tahun lepas ke 2 tahun lepas 😂😂 ). Besut jugak famous dgn pantai nya yg mmg tiptop..well, Terengganu kot.. ada ke pantai yg xlawa 😙😙😙😙😙.. lepas pd kenduri tu, kami pun singgah pantai jap amik mood sambil2 bawak si cinonet HF dan DN berjalan. 
Along and the gang xde sebab pantang kat rumah.. 💖💗💙

Dalam masa otw ke rumah kenduri dan pantai mmg ada nampak kedai Cendol Zam dan ada lagi la 2, 3 kedai lg dgn sebesar-besar kedai dan jugak banner yg sebesar-besar tulisan yg boleh sgt nak dibaca walaupun tnpa spec 😎😎😎

tapi sbb dh nama entry pun Cendol Zam, so jawab nya mmg kami pergi makan kat sini la dalam byk2 kedai yg lain tu.. HEHE.. 

Waktu operasi adalah 10pagi hingga 6petang. tapi masa Yana dan family smpai ada kot dlm 15minit nak pukul 6petang, tapiiiiiiii... dorang masih layan, serve je leklok..xde pun nak buat muka ke, hentak2 pinggan ke pe.. (which is sgt bagus). 

menu kat Cendol Zam ada byk tp yg haritu kami makan Udang celup Tepung, Sotong Celup Tepung dan Cendol tp last tu order teh o beng dgn ais kosng ( ais kosong dia letak mesin air dgn cawan siap2 kat situ so kira mcm free flow la..hehe ). kebetulan kenyang lagi makan nasi kenduri. order pun bg setakat mampu nak makan, xnak membazir.

Nie antara Menu beserta Harga: 
Udang Celup Tepung: 30-45 Ekor RM10 
Sotong Celup Tepung: RM7 Sepinggan
Nasi Goreng: RM5
Laksa Pinang: RM3
Cendol: RM2 semangkuk
Teh O Ais: RM1

Untuk nak tahu dengan lebih detail boleh la jenguk2 dorang punya FB Page; 

nah, kat bawah nie ada share gambar2, macam biasa la ye.. hehe.. 
Xrugi utk singgah cuba sbb dari segi servis, makanan sedap (udang, sotong fresh.. cendol sedap) dan harga sgt la berbaloi. 

Untuk percubaan pertama kali 😙😙😙
Hidangan sotong RM7 sepinggan 🐙🐙🐙🐙
Hidangan Udang 🍤🍤🍤🍤🍤
Cendol yg boleh refill secara percuma tp sehingga jam 6 petang sahaja ye.
Ini range harga utk 8 orang makan. 


tempat nie bg yana, nak dating boleh, nak gathering boleh nak melepak dgn kawan-kawan pun boleh. sorang2 pun boleh tapi mcm xfun sgt la sbb xboleh share excited nak makan tu. HEHE.. 

Personally, confirm nanti yana akan pegi lagi tapi kena tunggu nanti bila balik kampung la.. hehe.. ok sekian.. nak pegi jenguk student dah siap belum tutorial dorg 😂😎😄💨💧

Sekian..sehingga next entry 👋👀

Monday, 9 October 2017

Kursus Pra Perkahwinan di Astana Mukmin, Wangsa Maju


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. 😂😂😂

pagi-pagi lagi dah jenuh menaip disaat Monday blues masih menebal nie apakah? tapi boleh nak habis waktu keje baru selesai.. hehe... hari nie nak share pasal kursus kawin yang yana dengan tunang pergi weekend yang semalam ( 07.10. 2017 dan 08.10.2017) bertempat di Astana Mukmin (sebelah Wangsa Walk Mall, NZ Curry House Wangsa Maju) . 

bagi la mood nak jadi pengantin tu sikit..hehe ❤

Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan..apa sebenarnya kursus nie? memang kalau nak diikutkan dari kecik lagi memang kita belajar Pendidikan Islam tp bagus rasanya kalau diingat dan direnungkan balik. Kira macam polish balik la, dan xkurang jugak sebagai penambahan ilmu dan pengetahuan dalam institusi rumah tangga dan perkahwinan. Kursus sehari setengah nie terkandung beberapa slot iaitu Akidah dan Ibadah, Prosedur Perkahwinan, Pengurusan Sumber Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Akhlak dan Hubungan Dalam Keluarga, Prngurusan Stress dan jugak RundingCara atau Pembubaran Perkahwinan (mintak jauh la nie). ✌✌✌✌

selepas daftar, nanti kita akan dapat 1file yg terkandung dengan
 jadual, buku Gerbang Perkahwinan nie, dan juga 1 pensel. 

Yana dan bakal suami pergi yang pada hari Sabtu dan Ahad.. untuk atur masa adalah ↓

Sabtu : pendaftaran dari 8pagi- 8.45pagi
     kursus pada jam 9 hingga 7petang
Ahad: Bermula pada jam 8.30pagi hingga 2petang

*jangan risau penat ke, bila nak minum ke hape sebab utk setiap slot ada break dan makanan disediakan. (yg take 5 dari fasilatator ke penceramah ke pegawai pejabat agama ke, tu xde la makanan ke minuman yang disediakan ye). 

sepanjang kursus, lokasi tempat makan adalah di Restoran Patatimo ada la dlm 2minit jalan dari tempat berkursus. jangan risau makanan tak cukup ke, tempat duduk takde ke ye.. tapi sedikit pesanan penaja; sepanjang kursus nie strict dengan masa.. jadi xperlu la nak main2, melepak sgt.. habis kursus nak melepak, nak dating, yg tu suka hati la.. sehari setengah je ha kursus pun.

boleh cuci mata tgk gambar utk sesi makan-makan yang disediakan sepanjang berkursus tu (bg can la muka tunang yang memang semangat macam tu bila bab makan) ....  ☕🍚🍛
Hari Pertama: Breakfast Meehoon Goreng + Teh O Panas

Hari Pertama Lunch: Nasi Minyak Ayam Masak Merah dan Teh'O Limau Ais

Hari Pertama Minum petang: Ais Krim + Air Mineral

Hari Pertama Minum petang: Ais Krim + Air Mineral

Hari ke-2: Breakfast Mee Goreng Telur Dadar + Teh'O Ais

nie maklumat tambahan : 

✔ Harga: RM120/seorang 
✔ Validity Sijil adalah sepanjang hayat ( elok2 simpan ye)
✔Dengan kereta boleh parking di Wangsa Walk Mall atau parking dbkl dekat dgn kawasan tempat kursus.
    ⇒Rate parking pula kalau DBKL adalah 80sen/jam
    ⇒Wangsa Walk Mall RM2 utk first 5hours.
tapi utk ahad parking dbkl tu free, xperlu tiket2 parking segala. (so Ahad tu parking je la depan2 tempat kursus nya tu).
✔ utk yg nak guna lrt pun boleh.. pitstop adalah di LRT Sri Rampai (aliran Kelana Jaya). Kemudian jalan kaki ke Astana Mukmin dlm 10minit.
✔ Utk pengambilan SIJIL boleh dtg ambil bermula pada hari Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. (ada masa-masa nya, nanti Yana update balik ye).


Etika pemakaian dan macam mana cara untuk buat tempahan.
oh, tambahan lagi. Dari segi bayaran, bayar masa hari pendaftaran. Untuk reserve tempat, bayaran tidak diperlukan. Sangat flexible, dan katakan la kalau xjadi pegi atas hal yang xdapat nak dielakkan, inform je dorang awal2 then reschedule je balik. Simple kan? (benda dah senang, jangan nak susah kan ✌😹😹😹😹 ). 

ha lagi 1, nak pergi seorang diri ke, dengan adik-beradik ke, dengan pasangan ke, dengan kawan-kawan ke, tiada masalah ye. Tempat duduk memang asing lelaki di bahagian lelaki, dan perempuan di bahagian perempuan. tapi masa rehat, boleh je pegi makan sama-sama dgn pasangan, kawan2 smua tu.  takde nya timbul isu krik krik ke segan ke, sebab pegi kursus kawin kot bukan nak sesi orientasi..silap-silap yg mana single boleh je jumpa jodoh kat situ sebab ramai je ha yg single pun 😭😉😊. 

apa pulak nie? nie sebenarnya promotion dari pihak innershine.
sesiapa yg berminat nak buat doorgift ke, boleh la order dgn harga promosi.
RM3 1 botol nie. bukak la web dorang kalau berminat. 
nie Yana kira macam gift la sbb bgn awal pada weekend.
HEHEHE
                   ➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷➷

Alhamdulillah. Kursus Kawin yg rasa mcm mmg xsenang duduk selagi xsettle dah pun selesai sbb sblm nak boleh ke pergi tu, dia punya berdebar mmg sampai xboleh tidur la.. HAHA.. dan boleh la sekarang fokus dengan persiapan majlis.. fuh, inshaAllah, semoga semua dipermudah.. Lepas habis tu baru la rasa lapar, rasa nak itu ini semua la.. 😢😢😢😭😭😭

Seorang MsTunang yg dah lega dan excited la sikit..
HEHE  

*utk info yg lagi tepat, lebih baik utk contact terus dan bertanya. kot dorang ada update sistem ke, tukar cara ke apa ye..

Ok, sekian perkongsian mengenai kursus perkahwinan dlm entry kali nie. semoga bermanfaat la ye.. ♬♫♪♩♭♬♫♪♩ ........





          




Thursday, 21 September 2017

Kerabu Ulam Bunga Telang by Mama's Kitchen

 Assalamualaikum wbt dan Salam Awal Muharam 👋

pernah dengar pasal bunga telong atau bunga telang atau Asian Pigeonwings? bunga nie la yg digunakan dalam pembuatan Nasi Kerabu. tapi sekarang ada je yg gunakan pewarna biru nak bg senang.. tp itu atas pada org ye, 2,2 boleh je, xde istilah nanti nak kena food poisoning ke xsedap ke. Bunga nie boleh je jumpa kat pasar ke, takpun kat rumah jiran atau mana2 sahaja sebab pokok dia nie hidup meliar je.

kenapa tetiba dengan bunga telang nie? ok, haritu balik kampung, mama ada buatkan kerabu nie utk lunch.. tertarik sbb nya of course la sebab warna suhun nya yg biru tu.. suhun tu bukan mmg biru ye..karang mau nya pegi cari jenuh xjumpa.. 

kali nie nak share macam mana nak buat kerabu nie.. nama kerabu nie? Kerabu Bunga Telong versi Mama's Kitchen. 

Kerabu Bunga Telong versi Mama's Kitchen
Bahan-Bahan:
1. Kacang botol
2. Shallot/Holland
3. Carrot
4. Ayam (direbus dan dicarik)
5. Suhun
6. Cili Api/Cili Besar 
7. Perahan limau
8. Bahan Perasa
9. Lain2 bahan tambahan (bergantung)

Cara-Cara:
1. Rebus bunga telong/telang tu. Hanya rebus kelopak bunga je ye, jgn terlebih rebus sbb nanti rasa kelat. dah ada air tu, rendam kan suhun tu dalam lebih kurg 5minit ( masa bergantung kepada tahap kepekatan warna biru yg nak dekat suhun tu). Letak tepi suhun yg dh jadi warna biru tu dan sediakan bahan-bahan lain.

2. Potong bahan-bahan lain macam bawang, kacang botol, carrot, serai, cili api/cili merah dan gaul semua..yang utk bahan-bahan tu kalau rasa nak taruk lagi yg lain pun boleh je(ikut selera masing-masing). 

3. dah sebati gaul bahan-bahan tu dan campur kan dgn isi ayam( direbus ) yg dh dicarik2 tu.

4. Campurkan semua bahan dgn sebati, kemudian masukkan suhun bunga telong tu. 


5. Akhirnya, perahkan dgn air limau ataupun lemon pn ok je.. dan season.. 

dan SIAP..senang kan? boleh la cuba nanti ye. jemput la tgk gambar kat bawah nie↓↓↓. 

Bunga Telang

nie suhun yg dh rendam dgn air bunga telang

gaul sebati semua bahan yg dah dicampur.

Ready to be served. Kerabu Ulam Bunga Telang by Mama's Kitchen 

untuk kali nie, yana share resipi dan cara nak buat kerabu nie.. yang mana nak yana share resipi atau sebarang menu boleh la cadangkan nak resipi apa, nanti yana share step by step ye (kalau kebetulan buat la, HAHA). kalau xbuat pun , tapi kebetulan ada resipi nya boleh jugak nak share.. hehe..

sekian untuk mencuri masa seketika nak mengeblog. Sekarang duk menghitung jam nak pegi training OBE pastu dah, nak balik. HOORay longggg weekend...... 

Terima Kasih dan Salam Awal Muharam.....❤👍👍👋👏