Thursday, 21 June 2018

The Best Wantan Mee in Kuala Lumpur/Selangor (Confirm Halal)

Assalamualaikum WBT dan Salam Syawal. 

memandangkan Ramadhan dah berlalu pergi, jadi nya kalau share pasal tempat makan rasa bersalah tu kurang la sikit.. hehe.. dari kecik mmg grandma dah ajar makan mee wantan yg sedap best giler mmg xdapat nak diperkatakan kesedapan nya tu. tapi tu masa kecik la.. dah besar2 nie, of course la nak try byk lagi tempat yg ada jual mee wantan nie. 

maka di sini yana share road to the best wantan noodle bg yana yg yana pernah makan setakat nie ( will have more in list 😁). in terms of halal, jangan risau.. mmg semua tempat tempat nie halal ye (boleh tgk certificate kalau ke outlet/kedai yg berkenaan). 

FIRST AND FOREMOST (top list la nie)↓

location: Food Court Sogo KL
price: RM6
menu description:  wantan soup (dalam wantan ada isi ayam/udang), chicken slice, sayur and of course wantan noodles.

SECOND 
location: Old Town White Coffee
price: RM 15+
menu description: mee wantan, bbq chicken, siu pakchoy, fry dumpling, soup.

 THIRD
location: Food Empire Melawati Mall
price: RM 10+
menu description: wantan mee, dumpling soup.

 LAST (NOT SO RECOMMENDED)
location: PappaRich
price: RM 13+
menu description: mee wantan, siu pak choy (2 helai), dumpling soup (2 ketul)


masing2 ada citarasa sendiri, so ini bg yana la ye. more in the list to come. sbb sejak2 pregnant nie mmg lain macam mengidam nak makan wantan mee nie jd nya kadang2 masa bulan puasa suami mmg bawa pegi berbuka kat luar semata-mata untuk ibu mengandung nie lepas teringin. *TERIMA KASIH SUAMI ♡♥, hehe..

*untuk gambar nanti yana upload ye.. SEKIAN 😉

Tuesday, 5 June 2018

Proses Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung di KKIA 🚼

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Baru 

Hari nie yana nak citer pengalaman yana dgn buku Merah. Ini bukan buku merah yg passport tu, nie buku yg ibu-ibu mengandung tu ha. 

define buku merah/buku pink .. jawapan kat bawah↓
basically buku nie adalah utk Buku untuk merekodkan, mencatat maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ibu mengandung dan juga perkembangan anak yg dikandung. 
mana nak buat buku nie? 
sila la berkunjung ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). tapi yana recommend utk call dulu nearby KKIA dan pastikan samada KKIA tersebut ada x utk zon yg anda duduk. dan kalau ada, boleh terus pegi klinik tersebut utk buat appoinment dulu ye. lepas dapat tarikh dan masa utk appoinment baru la nanti pergi lagi sekali utk buka buku.
macam yana, duduk area Batu Caves dan yana adalah Zon C di KKIA Selayang Baru.
sesudah dapat tarikh utk buka buku pink/merah, spend la sehari kat klinik tu sebab proses nya bukan sekejap la bg tempat yg yana pegi tu.
  1. mula2 pegi daftar (kaunter pendaftaran),
  2. then perlu cek urin
  3. jumpa nurse utk buka buku ( nurse tanya maklumat diri, bila last period, sejarah kesihatan dan sebagainya). 
  4. next pergi amik darah (hantar ke makmal perubatan). 
  5. jumpa nurse balik kemudian pergi pulak jumpa doktor utk scan 1st time(nie exciting giler sbb dpat tgk baby dlm rahim sendiri.. SPEECHLESS 😅)
  6. jumpa balik nurse utk serah buku yg lg 1 utk rekod diorg 
  7. last sekali sila la ke unit farmasi ( sekiranya dapat ubat tambahan). 
*acid folic, iron dan vitamin C nurse bg siap2, jadi nya kalau TIADA ubat tambahan dari doctor maka selesai la urusan buka buku pink anda selepas jumpa nurse yg lepas jumpa doktor tu ye.   
*sila bawa sama salinan sijil nikah (2copy), salinan ic (macam yana guna ic ori), bil api/eletrik utk nak pastikan alamat rumah sekiranya menginap di rumah sewa atau alamat di ic dan alamat tempat tinggal tu berbeza.  (tapi yg ini bergantung pd KKIA yg anda pergi, pastikan dgn nurse masa buat appoinment tu ye). 

ok sekian perkongsian yana buat kali nie. tu je la utk kali nie.. xde nak panjang2.. semoga dipermudahkan urusan ye. Selamat Berpuasa utk lagi beberapa hari.. 😁😁😁

Tuesday, 27 March 2018

Cuti - Cuti Cameron Highland: Versi Makan Makan

Assalamualaikum wbt dan Salam Hujung Bulan..

dalam previous entry, Cuti Cuti Cameron Highlands yana ada share pasal tempat yg yana pegi kat Cameron Highlands.. kali ni pulak, tempat makan. so lets have a glance. 👀👀👀

Puku Cafe & Kea Farm Market
  • Location: Brinchang, Pahang
  • Admission : Free (parking susah sikit)
  • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
  • *friendly reminder: parking kete kat tepi2 jalan tu baik2 ye.. nanti tak pasal ada dapat surat cinta dari pak polisi.😏😏😏
ada  macam2 perisi ye. Antaranya: Tropical, Passion, Tiramisu, Oreo, Strawberry.
Strawberry and Tiramisu Ice-Cream.
RM5/Ice-cream
Of course the must item : Strawberry Coklat
Ini olahan ubi rebus yg dicelup dgn coklat dari Strawberry coklat. 😋😋😋


    200 Seeds Cafe by Abang Strawberry 
    • Location: kampung taman sedia
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 8.00pm (except Wednesday).  
    • tempat nie ada jugak tempat untuk petik strawberry.
    Add caption
    Add caption
    Add caption

    Cameron Valley Tea House 2
    • Location: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
    • Admission :Free
    • Operation hour:
      • jumaat, sabtu, ahad: 8am - 7pm
      • isnin, selasa, rabu, khamis: 8.30am - 6pm
    • tempat nie ada ladang teh, tapi as on March 2018, dah kena bayar utk admission.
    Add caption
    Add caption
    Hazelnut Tea and Donut with Vanilla Ice Cream
     
    Atlilla Box Port, Tanah Rata (steamboat dan grill) 

    • Location: search Atilla Boxport ( byk banner tepi jalan)
    • Price : Promotion Price: Rm25 / Dewasa (xsure sampai bila)
                  Normal Price : RM 30 / Dewasa
                  RM 25 / Warga Emas

                  RM 23 / O.K.U

                  RM 20 / Kanak-Kanak

                  kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
    • Operation hour: 4ptg – 11mlm
    pilihan utama
    Add caption

    nie bru mukodimoh org kata..hehehe


    Monday, 12 March 2018

    Cuti-Cuti Cameron Highlands


    Assalamualaikum wbt dan Salam Monday Blues.

    aritu kawin, 2hari kemudian dh terus start keje. Xsempat2 nak bercuti-cuti atau honeymoon berdua. Hal yg demikian, sebab sekarang not in a very good shape ( stress dgn carry mark student 😑😑😑) , maka kita flashback semua benda2 yg seronok2, yg indah2. *sambil-sambil nak hint husband utk next honeymoon. 💕





    Ada apa dgn cameron highland ?
    Meh nak share apa yg ada sekarang kat Cameron Highlands tu.
    Cameron Highland sekarang (januari 2018), dh xsejuk macam dulu ( dlm tahun 2010). dari segi pakaian, pakai biasa2 pun ok je (malam sejuk sikit tapi masih ok kalau pakai mcm biasa). Dan kalau dulu byk tempat yg free admission, tapi sekarang kalau pergi jangan terkejut pulak kalau ada admission/entrance fee ye.

    Cameron Highlands Cactus Point
    all kinds of cactus, flowers, baja dan macam2 la ada kat sini. anak pokok tongkat ali, kacip fatimah pun ada. dan mmg perasaan cintakan bunga-bungaan sampai tahap nak berkebun tu boleh jadi sangat tinggi 😂. 

    ada juga dijual teh dan other souvenir dekat sini.
    Range harga lebih kurang je dgn tempat2 lain.

    • Location: search Cactus Point Cameron Highland (tepi jalan je lepas naik bukit sikit kalau dari Brinchang).
    • Admission : Free (siap ada photography spot)
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 

    Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
    bagi yana, MARDI nie adalah all in one place. ada ladang teh, taman arnab, tanaman macam buah-buahan, bunga-bungaan dan mcm2 la lagi. kalau katakan xcukup masa tp nak merasai semua benda menarik yg kat Cameron Highland nie, yana recommend dtg sini je. View pun mak aiih, sejuk hati. 
     
    yana rasa mcm flashback masa dulu
    kemaruk main game yg tanam2 pokok tu ha..
    😄😄😄
    • Location: search MARDI Cameron Highland
    • Admission (warganegara) : Dewasa RM 5
    • Kanak-Kanak RM 2
    • Warga Emas RM 2
    • Operation hour: 9pg – 5ptg

    Kea Farm Market 

    Kea Farm nie tempat famous utk nak shopping sayur, bunga, teh pun boleh. harga kena pndai survey ye sebab nya kalau tak kena gaya, mau lagi mahal dari pasaraya.  
    • Location: Brinchang, Pahang
    • Admission : Free (parking susah sikit)
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
    • *friendly reminder: parking kete kat tepi2 jalan tu baik2 ye.. nanti tak pasal ada dapat surat cinta dari pak polisi.😏😏😏



    Fragrance Nursery 

    Sini segala jenis bunga, anak pokok , alat berkebun, baja dan mcm2 la lagi yg bertemakan tanaman. cactus comel2 pun ada je.. 

    • Location: Bt 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100, Cameron Highlands, Pahang.
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari

    Ladang Lebah Ee Feng Gu

    Nama pun ladang lebah, jd nya mmg tempat ternak dan pelihara lebah la ye. kalau kebetulan sampai tu, pekerja tgh amik madu ke, tgh bersihkan ke, untung la badan dpat tengok. tp nasihat yana, xperlu la pegi dekat sgt, kang xpsal kena sengat.


    • Location: Ee Feng Gu Bee Farm, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 7.00pm setiap hari
    • *friendly reminder: hati2 dgn lebah ye, sbb tu tempat tinggal mereka maka nya jgn pulak suka-suka nak kacau dorg. mau nangis kalau dapat sengatan kenangan dari dorg. 😒😒😒

    Pasar Malam

    Dulu pasar malam nie kat brinchang, tp skrg dh tukar pegi Golden Hill. Makanan la byk boleh dpt sini, souvenir, sweater, dan mcm2 lagi. 

    • Location: Jalan Golden Hills, Brinchang
    • Operation hour: Jumaat & Sabtu
    • 6.00pm sehingga malam

    Ladang Teh Cameron Valley 

    Ladang Teh Cameron Valley...... fuh, sejuk mata memandang, sejuk lagi hati menghayati keindahan dan kehijauan nya. ada laluan utk naik dan turun ke ladang tp berhati-hati sebab tangga nya agak tinggi dan curam. di sini juga, ada tempat utk beli teh keluaran Cameron Valley. Harga nya pulak lebih kurang je dgn kedai2 lain yg kat Kea Farm ke, MARDI ke, mana2 je la kat Cameron Highland nie.



    • Location: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang.
    • Admission : Free
    • Operation hour: 8.00am - 6.00pm setiap hari 
    •  
      itu je la rasanya tempat yg yana pegi, kalau ada lagi yg baru teringat atau ada tambahan, nanti yana update ye. gambar2 pun yg nie je dulu ok.. nanti tambah lain..hehe.. utk tempat makan, yana update next entry. 
      yg mana planning ke Cameron Highland, yana suggest utk pegi masa weekdays. sebab hotel rate jauh lagi murah, xsesak dgn pengunjung lain, dan jalan pun xjem. 
       Have fun yg mana nak ke Cameron Highland tu. 😊💅 

    Monday, 26 February 2018

    Walimatul Urus Dayana&Syazwan ( Checklist ✔ )

    Assalamualaikum wbt dan Salam Counting Days bg yg nak kawin 💅.

    Entry lepas yana ada share persiapan utk majlis perkahwinan untuk bride and groom to be dan jugak utk kelancaran perjalanan majlis. Jadi kali ni, yana nak share pulak, semua yg terlibat dlm walimatul urus belah yana bulan 1 aritu. Dan untuk semua contact nie, yana sgt berpuas hati dan recommend dorg nie semua utk sape2 yg nak kawin. *nie cover area Kelantan ye 😃💬

    yanaXyan 🌷🌸
    tada .. kita mulakan..hehe.. 😊

    1. mekap (MUA) dan Henna

    Akad Nikah:
    👉 Cik Merah ( beginner dlm mekap2 nie, utk dinner, konvo, event ok sgt)
    👉 buat masa sekarang cover area Kuala Lumpur dan Selangor.
    👉 harga murah2 je serendah RM50
    👉 boleh dm IG beliau ok.

    Bersanding:  yana amik dari org yg sama dgn inai.
      👉mekap: Hana_Hassan
      👉henna:  MUA & HENNA ARTIST KELANTAN
      👉ini no Whatsapp 601125625004 (Hana)
      👉dari segi harga, berpatutan dgn servis dan hasil nya.  

    Mekap Akad Nikah mmg sgt nampak suci dalam debu 💗. hehe
    henna yana pakai malam sebelum akad nikah. tip top merah dia.

    2. Persalinan Pengantin

        Adam Daniyal Wedding Planner
       👉no whatsapp dan call 017-2132434 / 012-5152434
       👉boleh sewa baju sahaja atau nak amik pakej.
       👉Sewa baju sekali dgn tudung, veil, samping, tengkolok.
       👉kalau tarikh lambat lagi dan kawin pd tarikh hot, pegi je book dulu.
       👉RM350 sepasang.

      
    mmg yana nak pakai baju yg meleret-leret. instead of baju meleret. yana dapat veil yg meleret.
    wishlish ✔
    Pengantin Lelaki 💘

    3. Aksesori (Crown, Rantai, Bulan Bintang, Keris) dan Pelamin

    belladonna_pelaminrustic.  
    👉 suggestion yana, terus ws 60142552574 (Mia). 
    👉 ada mini pelamin, pelamin dewan, baju pengantin, hantaran. semua nie diorg ada buat. 
    👉 harga? sgt la berpatutan.
    👉 FOC: 2 bantal akad nikah, payung masa berarak dan bunga tangan.
    👉 mini pelamin yana nie dapat special price sbb 1st customer tahun nie (2018). *untung diri.hehe. 


    Pelamin mini tp xmacam mini dh rasa.. mmg wishlist ✔❤
    crown, bulan bintang, rantai lelaki dari Belladona 👑

    4. Kanopi 
        👉 ada jenis pyramid la, arabian la, khemah la, pilih je mna berkenan
        👉 nak senang kan, terus whatsapp 019-9117366 (Hj Halim). 
        👉 ada set khemah, set meja beradab dan mcm2. 
        👉 bajet dari RM200 hingga terpulang ada tambahan itu ini ke x. (pakej sekali kipas dan lampu).

    tema kanopi yana grey dan maroon.

    5. Makan beradab

       👉 special by mama and angah
       👉 ada udang panjat, ikan siakap 3 rasa, ayam masak merah, macam2 la lagi.






    6. Doorgift
      
    arkadiusdoorgift
       👉 doorgift yana produk Avon sponsored by family dan choc bar.
       👉 Choc bar tu yana tempah dari arkadius.
       👉 1 bar/90 sen. dan mcm biasa la, lagi byk lagi la murah (sekali dgn customised design yg korang nak) 

    nie doorgift yg dah siap 🎁
    7. Kek ( Baker )

       awacakeboutique
       👉 kek yana 2 tier, kek span 3 flavour. (vanilla, pandan, strawberry).
       👉 nak bg gambar boleh, nak design ikut suka hati pun ok. 
       👉 harga? bg yana akak nie yg paling murah dan murah nya tu dgn kualiti yg tiptop sgt la berbaloi.
       👉 Harga RM150.
       👉 nak senang terus whatsapp 60132066042

    sesi potong kek. 🎂
    mmg mcm yg yana nak! satisfaction level A++ 🎀


    8. Photographer

    aicaphotography.kelantan
      👉photographer nie baru dlm bidang amik gambar wedding secara profesional tapi bg yana gambar dia cantik2. puas hati sgt.
      👉 seorang puan ye, dan sgt senang nak keje dgn puan fiqa nie.
      👉harga? of course la berpatutan dan bg yana sgt la murah. (tp sekarang dh byk job, harga dh lain la agaknya. tp cantik gambar dia, dan sgt pantas dpat softcopy 😎). 


    9. Gubahan Hantaran, Hand Bouquet
       
     The Crush Coated
        👉hantaran pihak pengantin perempuan, kakak yana yg gubah sendiri. pihak pengantin lelaki, kakak ipar suami yg gubah.
       👉 yana ada sewakan par rustic dan hand bouquet. *boleh ushar2 fb dan ig TheCrushCoated . 💻


    Hantaran Pihak Perempuan
    Hantaran Pihak Lelaki
    💸📌 boleh dikatakan yang masa planning wedding yana nie, yana dh allocate budget for each checklist. dan utk dpat yg within budget, yana byk mencari baik kat instagram, facebook, name it..mcm2 source yana guna.

    ☕🌻dan alhamdulillah, mmg yana jumpa dan dapat yg within budget. yg paling penting, baik pelamin, mekap , photographer, kanopi, semua mmg sgt senang nak berkomunikasi. *ore klate oyak, mudoh bhso. 😄

    💄📌nie yana hanya share utk bride to be yg nak buat wedding preparation kat kelantan tau. Tak sure la dorg nie cover luar Kelantan ke x. kot la boleh dijadikan panduan.

    👠💌tips paling penting, kalau ada bajet dari awal terus bgtau bridal ke, baker ke, mekap ke, kot dorg ada pakej atau boleh fulfill desire korang ikut bajet. jangan bebankan diri, berbelanja mengikut kemampuan.

    ⛱🎉Yana harap dpat membantu serba sedikit ye.  yana tgh excited preparation utk majlis bertandang belah lelaki pula tapi masih xmove on lagi dgn majlis sendiri aritu. hehe..

    🍴🎈nanti yana update entry nie dari masa ke masa, kot la ada tambahan info yg baru teringat.. 😉💟.. tu je la utk kali nie, nak smbung update attendance student 😏😏😏😏

    Raja Sehari 💑

    Have fun with the wedding preparation
    and
    say no to gejala Bridezilla .. 🌻🌺👰😂🌹🌷

    Sunday, 25 February 2018

    Wedding Preparation Checklist for Bride To Be 👰

    Assalamualaikum wbt dan salam mood masih nak bercuti..

    sebab sekarang yana dah mula balik in planning untuk majlis bertandang sebelah pihak suami, jadi entry kali ni yana nak share persiapan yg boleh bride to be gunakan sebagai permulaan nak mengorak langkah untuk uruskan apa yg patut dan boleh.

    First thing first, tiada salahnya kalau nak start preparation dari awal tau. Sebab apa? Macam yana, yana bekerja dan jenis yg suka handle urusan sendiri ( sebab xnak susahkan baik family sendiri atau family mertua dan confirm yana puas hati.. HEHE).

    Macam yana yg belah perempuan aritu 2bulan sebelum wedding mmg giler2 settle apa yg boleh. Bulan 11 mmg giler2 tempah kad kawin, settle borang la, book pelamin, eh macam2 la .. by bulan 12, update balik design dgn warna dgn bridal, warna kanopi, dan seangkatan. Tp hari nikah tu dan hari reception tu sendiri ada je yg baru selesai..HAHA.. rilek la, hero dop gaduh.. *jgn risau xcukup atau tiada masa. anda boleh ( BRIDE's POWER ). 

    ok, yana mulakan dgn bg amik mood tgk gambar kawin yana dulu.. hehe..

    yanaXyan 💟💘

    yana tak ambil full pakej under bridal, semua 1, 1 sebab yana lagi puas hati. tapi byk keje sikit la. 

    kita mulakan 👇👇👇

    Fokus penting utk BRIDE and GROOM:
    1. mekap (MUA)
    2. Baju Kawin
    3. Heels dan kasut
    4. Aksesori (Crown, Rantai, Bulan Bintang, Bunga Tangan )
    5. Henna
    6. Barang2 Hantaran ( kami punya 3 balas 5, suka hati la nak berapa 😂 )

    utk Persiapan lain2:
    1. Kanopi (ada jenis pyramid la, arabian la, khemah la, pilih je mna berkenan)
    2. Katering ( tambahan kalau nak meja beradab , boleh try buat atau deal menu dgn caterer).
    3. Doorgift utk tetamu
    4. Pelamin
    5. Kek
    6. Photographer
    7. kad kahwin ( nak buat sendiri boleh, nak book dgn mana2 printing company pun boleh

    *semua list di atas perlukan anda utk book slot/tarikh awal2 sekali dgn deposit ke hape.. kena pulak kalau kawin masa tarikh hot. sbb tu kata xpe kalau nak book atau tempah awal2.

    nie yg lain2 yg mana penting jugak la:
    1. Homestay ( rombongan pengantin, saudara mara ke, kawan2 ke)
    2. Pulut Kuning (mcm Kelantan, panggil pulut semangat buat cucuk bunga telur).
    3. sireh junjung
    4. bunga telur

    sekian, nie je la kot dlm list yana.. nanti kalau ada lagi tambahan akan ku update ye entry nie. nak lagi senang, boleh la buat planner. nampak flow nya, berapa baki, berapa dh bayar deposit, berapa lagi balance dan sebagainya. 


    ini contoh planner list yana. setiap kali lepas update, yana akan pass copy baru kat suami ( masa tu tunang la 😄😅😅 ) 
    sekian la untuk entry kali ni, next entry yana share yana hire, book, amik , guna servis gerangan siapkah utk majlis reception yana haritu ye. 😍✌☺

    semoga membantu serba sedikit utk para bride to be ye. semoga anda dijauhkan daripada menjadi bridezilla. enjoy dan have fun sepanjang process persediaan ye 💅💆😃

    Thursday, 18 January 2018

    Outdoor Nur Dayana & Ahmad Syazwan : Pantai Senok, Kelantan

    Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia dah panas balik 😎,

    hari nie entry adalah sesi outdoor photoshoot yana dan suami ( akad nikah, majlis, berinai, nanti menyusul..HEHE). pakej photographer yang yana amik ada sekali dengan photoshoot outdoor. pilihan yg diberi adalah samada oudoor di tempat yg pengantin nak tapi pd hari yg sama dengan wedding atau hari lain tapi lokasi nya kenalah berdekatan dgn cik photographer tu.

    memang tidak la ye utk nak pegi outdoor pd masa kenduri sbb nya yana sendiri dh byk kali pegi kenduri yg bila nak jumpa pengantin, pengantin dh xde, kluar pegi outdoor. (sakit hati oo, kena kalau dari jauh).

    Lokasi outdoor kami adalah di Pantai Senok (Nami Island Malaysia 😚😚😚). *nie gambar koleksi sendiri dan dari photographer. Dah dapat dari photographer nanti nak update lagi.. hehe 😁 💘







    nie gambar dari photographer. behind the scene dia fuh.. HAHA


     sekian.. nie je dulu.. nanti nak bg link photographer majlis yana ye..
    selamat mencuci mata 💞💝